warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apabila Nafsu Berkehendak







Apabila Nafsu Berkehendak





Apabila Nafsu Berkehendak

 

Mengikut kehendak nafsu badan sengsara dan lesu

Kerehatan tidak ada, kejayaannya belum tentu

Sibuk selalu, makan minum tidak menentu

Tidur baring tidak berwaktu, bila sempat ketika perlu

Duduk di rumah jarang berlaku

Anak-anak dan isteri keseorangan selalu

Mereka sepi selalu sering berlaku

Ketika pulang badan sudah letih, isteri merintih minta dikasihi

Tersilap cakap bergaduh berlaku

Kalau tidak bertengkar pun bermasam-masam muka sering berlaku

Anak isteri tidak dapat kasih sayang

Kerana letih mudah sahaja meradang dan berang

Satu keluarga jiwa tidak senang dan tidak tenang

Kehendak nafsu mana ada rasa cukup

Sedikit tidak cukup, banyak pun masih perlu lagi

Kehendak nafsu tidak jemu-jemu

Sekalipun badan letih dan terseksa dibuatnya

Namun dia tetap mendorong badan melaksanakan kehendak-kehendaknya

Badan merana peduli apa, yang penting kehendak aku berjaya

Begitulah kalau nafsu sudah menjadi tuhan pada diri

Disuruh-suruhnya, diarah-arahnya badan merana dibuatnya

Nafsu sungguh tamak, tidak pernah puas, tidak pernah cukup

Nafsu yang rakus Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya

Percaya Tuhan tapi tidak mempeduli-Nya

Mereka tidak merasa Tuhan ada peranan di dalam kehidupan

Sungguh jahat nafsu badan boleh diperkotak-katiknya

Hingga tidak ada kerehatan buat badan

 

11.7.2004

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer