warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apabila Dunia Dicintai







Apabila Dunia Dicintai




Apabila Dunia Dicintai

 

Apabila dunia dicintai

Maka ia akan dijadikan matlamat hidup

Dunia pun menjadi buruan dan rebutan

Bila ia dijadikan rebutan timbullah saingan dan perlawanan

Saingan dan perlawanan itu akan membawa perbalahan dan permusuhan

Di dalam perebutan timbullah hasad dengki, jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianati

Kemuncaknya pergaduhan, membunuh dan peperangan

Lebih-lebih lagi yang merebut itu para ulamak, pemimpin dan orang-orang kaya

Maka krisis kerana dunia lebih hebat lagi berlaku di dalam kehidupan

Maka punahlah kasih sayang, hilanglah timbang rasa

Persaudaraan hilang, simpati gersang,  kerjasama terpaksa

Hidup nafsi-nafsi pun subur dan menjadi budaya

Masing-masing menjaga kepentingan diri sendiri

Hidup harmoni, kasih sayang, bertimbang rasa hilang

Akhirnya semua manusia di dunia hidup di dalam ketakutan dan penderitaan

Cuma ketakutan dan penderitaan di antara satu sama lain tidak sama

Orang miskin susah kerana tidak ada yang hendak dipakai dan yang hendak dimakan

Yang sakit terbiar tidak ada wang untuk berubat

Ulama-ulama dihina dan tidak dihormati lagi

Guru-guru ibu bapa tidak dikasihi

Anak-anak atau rakyat jelata  tidak akan disayangi

Orang-orang kaya dibenci, harta mereka  akan dirompak dan dicuri

Nyawa mereka sentiasa terancam

Para-para pemimpin tidak dihormati dan ditaati

Bahkan menjadi sasaran permusuhan dari rakyatnya

Maka dunia pun menjadi neraka, kerana penyakit cinta dunia

 

14.7.2000

Selepas Asar

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer