warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apabila Dapat Nikmat Dengan Akal Dan Roh Yang Tajam







Apabila Dapat Nikmat Dengan Akal Dan Roh Yang Tajam





Apabila Dapat Nikmat Dengan Akal Dan Roh Yang Tajam

 

Di antara nikmat Tuhan jika boleh bergabung  akal yang tajam dengan roh yang bersih

Jika ia berlaku kepada seseorang dia akan jadi manusia luarbiasa di dunia

Dia akan menjadi manusia yang sangat pintar dan cerdik

Bukan sahaja ilmu yang keluar dari lidahnya, tapi ilmu hikmah juga akan terpancar

dari lidahnya

Bergabunglah ilmu dengan ilmu hikmah pada seseorang itu

Akan terpesonalah orang yang mendengarnya, orang yang dengki sangat sakit hati

Lidahnya masin, kerana kata-katanya selalu terjadi

Orang ini kalau dia pimpin orang, anak pimpinannya mudah terdidik dan mudah cerdik

Orang yang dimuliakan oleh Tuhan ilmu dan hikmah,

yang mendengarnya sangat terkesan

Orang yang mendengar ilmunya tidak jemu-jemu mendengarnya sahaja

mahu lagi, mahu lagi

Orang rindu dengan ilmunya bahkan rindu dengan peribadinya

Bertemu rasa senang dan bahagia, berpisah lama rindu dengannya

Dia adalah sumber ilmu dan sumber hikmah

Apa yang diucapkan oleh lidahnya adalah bak mutiara yang sangat berharga

Dirinya itu adalah kitab bergerak

Dia tidak payah baca kitab kerana dirinya itu adalah kitab

Dia memiliki ilmu dunia Akhirat

Memang dia adalah manusia luarbiasa

Luarbiasa pula ulama sezaman dengannya membencinya

Kerana itulah pengikut-pengikutnya adalah golongan sekular, bukan pelajar agama

Sebahagian pengikut-pengikutnya akan jadi ulama instant tanpa nasnya

Orang yang sezaman dengannya akan hairan, orang bukan keluaran sekolah agama

jadi ulama di tangannya

Biasanya dia adalah mujaddid di zamannya atau kalau bukan mujaddid dia adalah hakim

Biasanya setiap satu zaman hanya ada seorang sahaja

Samada dia mujaddid atau dia itu hakim, seperti Luqmanul Hakim di dalam Al Quran yang diceritakan oleh ahli hikmah

Pandangannya pelik dan luarbiasa

Banyak pandangannya perkara-perkara baru di zamannya,

orang payah hendak menolaknya

Bagi orang yang dengki mudah menuduhnya sesat

Orang yang semacam ini di satu zaman hanya seorang

Macam kedatangan Rasul seorang sahaja di satu zaman

Kecuali di zaman Nabi Musa dan Harun

Atas nama pemimpin di zaman itu tetap dianggap seorang sahaja

Iaitu Nabi Musa, Nabi Harun hanya membantunya sahaja

 

16.9.2004 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer