warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apa Nak Jadi







Apa Nak Jadi?




Apa Nak Jadi?

 

Apa nak jadi? Apa perasaan kita! Dan bagaimana sikap kita?

Apabila terjadi di rumah kita

Tiang-tiang rumah sudah dimakan bubuk, lantai telah reput, atap berlubang-lubang

Ditambah pula dinding, alang-alang dan kasau telah rapuh

Lantai dipijak sini terjungkit di sana

Pijak di sana terjungkit di sini

Disisip atap, berguguran pula yang di tempat lain

Ditupang tiang, retak pula alang-alang

Disulam lantai, bertaburan benda-benda lain

Begitulah seterusnya

Dibaiki di satu aspek, merosakkan aspek yang lain

Makin dibetulkan rumah, makin bertambah masalah

Masalah yang ada tidak selesai, timbul masalah yang lain

Begitulah negara kita hari ini

Apa nak jadi?

Bagaimana perasaan kita?

Apabila berlaku masalah, bila hendak dibaiki, lahir masalah lain

Lahir suatu yang negatif

Setelah ditangani yang ada tidak selesai, timbul negatif yang lain

Satu gejala masyarakat difikirkan, timbul gejala yang lain

Gejala demi gejala timbul, tidak perlu gejala itu disebut, semua orang tahu

Mengenai ekonomi, politik, masyarakat, pendidikan, kesihatan

Ibarat mengubat pesakit

Makin banyak makan ubat, semakin banyak penyakit yang lahir

Bermacam-macam kaedah yang diberi, makin menyusahkan pesakit

Sekarang penyakit pesakit telah kronik

Doktor telah pusing kepala, buntu fikiran, habis ikhtiar

Begitu kita rakyat Malaysia

Kita di dalam ketakutan, kebimbangan, resah gelisah, susah

Setiap hari timbul gejala yang menakutkan

Makin banyak memikirkannya, makin menjadi-jadi gejala timbul

Apa nak jadi? Bagaimana kita sekarang? Apalagi sikap kita?

 

9.15 pagi

19.6.97

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer