warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Antara Ahli Rohani Dan Ahli Fikir







Antara ahli rohani dan ahli fikir




Antara Ahli Rohani Dan Ahli Fikir

 

Apabila dunia ini akal manusia tidak terbangun

Akal fikiran kosong daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman

Siapa sahaja di kalangan ahli fikir atau failasuf,

boleh didatangkan ke dunia mengisi  akal dengan ilmu dan pengetahuan

Dunia pun terbangun, maju dan bertamadun, kehidupan manusia pun selesa

dan hidup di dalam kemudahan

Dunia indah, cantik, tapi belum tentu tenang, dan tidak pasti mendapat kebahagiaan

Itulah dia yang dikatakan tamadun material

Apabila di suatu zaman roh yang tidak terbangun atau roh terbiar tanpa didikan

Hati manusia pun hitam legam, nafsu manusia pun bermaharajalela

merosakkan roh yang menjadi raja di dalam diri insan

Maka manusia pun hidup macam haiwan dan syaitan,

menghancurkan ketenangan dan kebahagiaan

Di zaman itu orang rohani atau pemimpin-pemimpin dari Tuhan pun didatangkan

Seperti para-para rasul, para-para nabi, selepas Nabi Muhammad para-para mujaddid didatangkan  setiap satu abad berperanan

Maka roh manusia pun dibangunkan semula atau dipulihkan semula

setelah lama hitam legam merosakkan kehidupan

Maka roh-roh manusia yang menjadi raja diri

berperanan semula di dalam kehidupan insan

Roh-roh bebas semula daripada belenggu nafsu,

mentadbir diri manusia dibawa semula kepada Tuhan

Kehidupan secara syaitan dan haiwan bukan tidak ada tapi sangat berkurangan

Manusia-manusia hidup ramai yang berperanan dan bersifat malaikat

yang taat kepada Tuhan

Hidup berkasih sayang, harmoni, dan di dalam kebahagiaan dan tenang

subur di tengah kehidupan

Tidak mesti ada kemudahan dan senang

Maka tamadun insaniah pun terbangun

atau tamadun rohaniah pun subur menghiasi kehidupan insan

Seperti berakhlak tinggi, rasa bertuhan dan rasa kehambaan,

beradab mulia wujud semula di kalangan manusia

Di sini baru kita faham kalau hendak membangunkan kemajuan dan tamadun material Tuhan utus ahli fikir sekalipun mereka kafir dan zalim

Jika Tuhan hendak membangunkan di dunia tamadun insaniah atau tamadun rohaniah Tuhan utus orang-orang Tuhan atau golongan rohani

Seperti rasul-rasul, nabi-nabi, para-para mujaddid,

biasanya tamadun material juga ikut sama maju

Yang paling malang ahli sasterawan yang kehilangan Tuhan datang setiap zaman

Mereka hanya syok-syok sendiri, berkhayal-khayal tanpa tujuan,

sama ada untuk dunia mahupun Akhirat

Kalaupun menyebut Tuhan hanya untuk menyedapkan bahasa dan rasa

bukan untuk bertaqwa

Maka Tuhan pun berkata di dalam Al Quran:

Mereka macam orang-orang gila yang tidak siuman, mengembara di lembah-lembah yang kotor tidak ada tujuan

Ahli-ahli rohani walaupun tujuannya untuk membangunkan tamadun insaniah

atau rohaniah

Biasanya terjadi juga ikut sama terbangun material,

dan lahir sasterawan-sasterawan yang beriman dan bertaqwa

 

31.5.2003 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer