warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Anggota Jemaah Tidak Sama Status







Anggota Jemaah Tidak Sama Status




Anggota Jemaah Tidak Sama Status

 

Di dalam sebuah jemaah Islam anggota-anggotanya tidak sama status

Orang kaya atau berduit, berkorban duit dan hartalah

Ada yang ada hanya tenaga, berilah tenaga dengan sesungguhnya

Tidak kurang yang ada ilmu, berilah ilmunya kepada jemaahnya

Ada yang uzur dan cacat, harta juga tidak ada

Panjatkanlah doa selalu kepada Tuhan untuk jemaahnya

Ada di antara mereka yang serius membaiki dirinya

Ibadahnya baik, akhlaknya mulia, jiwanya bersih

Jadilah dia orang yang bertaqwa di kalangan ahli jemaah

Walaupun dia tidak ada harta, tapi dari dialah disebabkan datangnya harta

Dari berkatnyalah kesenangan jemaah dapat dikongsi bersama

Tapi tidak ada siapa yang tahu

Kerana rezeki yang datang melalui orang lain bukan darinya

Bantuan yang datang tidak diduga disebabkan dia

Kerana dialah orang mudah mahu memberi kepada jemaah

Dari sebab dialah pandangan Allah, orang lain diberi rezeki

Jadi di dalam sebuah jemaah jangan nampak yang memberi sahaja yang berjasa

Jangan hanya orang berkorban sahaja nampak menyumbang harta

Tapi ada rezeki yang lebih banyak lagi mengalir ke dalam jemaah

Disebabkan seseorang yang bertaqwa, orang lain jadi pemurah

Bantuan Tuhan melimpah ruah

Semua anggota jemaah mendapat faedah

Kerana itulah orang yang pemurah jangan merasa megah

Kerana mudah dia jadi pemurah disebabkan orang yang bertaqwa

Berkat dialah yang menjadi jemaah mendapat rezeki yang melimpah-ruah

 

Menjelang tidur

3.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer