warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Alangkah Susahnya Mencari Kawan Yang Setia







Alangkah Susahnya Mencari Kawan Yang Setia




Alangkah Susahnya Mencari Kawan Yang Setia

 

Susahnya mencari kawan di akhir zaman ini

Aku di waktu masih di kampung Pilin, kampung yang di kelilingi oleh hutan

Di sanalah aku bersekolah dari darjah satu hingga darjah lima

Di waktu itu aku agak ramai juga kawan sepersekolahan dan sepermainan

Tapi tidak ada seorang pun yang menjadi kawan setia

Selepas itu aku berpindah ke Segambut, kampung bapaku duduk dengan datuk tiri pula

Aku tinggal selama dua tahun, menyambung persekolahan di sana

Ramai juga kawan-kawan sepersekolahan dan sepermainanku

Tapi tidak ada seorang kawan pun  yang sampai ke hujung

Aku pun tidak tahu akukah yang bersalah, merekakah yang bersalah

Mungkin sama-sama bersalah menjadikan berkawan tidak kesudah

Setelah itu berpindah pula ke Kuala Klang, tinggal bersama bapaku

bersekolah Arab di Klang selama lima tahun, ramai juga kawan di waktu itu

di samping anak-anak kastam menjadi kawan

Lima tahun agak lama, kenalan sudah tentu ramai juga

Berkawan selama itu sudah tentu agak mesra, sudah lama berkenal-kenalan

dan bergurau senda

Satu sama lain sudah tahu cita-cita masing-masing selepas persekolahan,

setelah berkeluarga

Sesudah itu berpisah, terus berpisah tidak ada pun rindu-merindui untuk bertemu

dan berjumpa

Aku pun begitu, mereka pun begitu tidak pernah masing-masing ambil tahu

setelah berpisah

Padahal aku dan mereka satu guru satu sekolah

Semakan, seminum, tidur sebantal, jalan bersama, belajar bersama

Namun sampai sekarang tidak ada seorang kawan pun yang kekal bersama

Aku pun tidak tahu mengapa terjadi begitu

Selepas itu berpindah randah, ke daerah Tanjung Karang lebih lapan tahun lamanya

Kawan bertambah, ramai di dalam satu wadah perjuangan

Namun begitu tidak ada seorang pun kawan yang kekal hingga sekarang

Sesudah itu berpindah lagi ke Kuala Lumpur

Kawan lebih ramai, namun kawan yang kekal tidak ada juga

Aku tidak ingin berjumpa, mereka pun tidak ingin berjumpa

Bahkan mereka sudah pun terlupa

Aduh sedihnya susah sungguh mencari kawan di akhir zaman

Umurku sekarang telah meningkat 70 tahun

Namun kawan setia masih belum ada berjumpa

Kecuali di dalam Rufaqa pengikutku yang setia

Begitulah watak akhir zaman hendak mencari kawan setia sampai ke hujung

amat payahnya

Kalau aku fikir-fikirkan, sungguh sedih

Rupanya aku hanya ada kenalan semenjak kecilku bukan kawan setia

 

11.2.2004 - 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer