warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Alangkah Lemahnya Aku







Alangkah Lemahnya Aku




Alangkah Lemahnya Aku

 

Selepas Isyak

Alangkah lemahnya aku

Tidak ada sedikit pun kuasa yang ada padaku

Nasib harianku dari tarik nafas ke tarik nafas aku pun tidak tahu apa akan berlaku

Apa yang aku akan pandang, berapa banyak yang aku akan pandang, apa benda yang aku

pandang aku pun tidak tahu

Apa yang aku akan cakapkan, berapa banyak yang aku cakapkan, baikkah atau   burukkah yang

aku akan cakapkan itu pun tidak aku tahu

Di saat mana aku akan sakit atau sihat, di ketika mana aku akan dapat bencana, bencana bentuk

apa, sekadar mana, manalah aku tahu

Apatah lagi apa yang aku akan dengar, suara apa yang aku akan dengar, sebanyak mana yang aku

akan dengar aku pun tidak tahu juga

Aduh sungguh lemahnya aku, manalah ada kuasa padaku

Belum lagi siapa yang aku akan jumpa? Sebanyak mana? Cara mana? Waktu mana?  Manalah

aku tahu

Begitu juga apa yang aku akan makan dan minum, sebanyak mana, lauk apa, siapa yang

memasaknya, siapa yang menghidangnya itu pun aku tidak tahu

Belum lagi untuk esok harinya, lusanya, selepas lusanya apa yang akan berlaku kepadaku lebih-

lebih lagi aku tidak tahu

Sama ada di segi penglihatan, pendengaran, percakapan, sentuhan,. apa yang dimakan,

diminum lebih sulit lagi untuk tahu

Habis dimanakah kuasa aku, apalah hebatnya aku, dimanalah kemampuan aku?!

Belum lagi seminggu lagi, sebulan, setahun lebih lagi mustahil untuk aku tahu

Sungguh lemahnya aku, Allah siapalah aku ini? Hamba yang sepenuhnya dikuasai

oleh Tuhanku

Sebegitu lemahnya aku kadang-kadang sombong juga aku

Di setengah-setengah waktu aku rasa aku orang luar biasa, megah, ujub, memuji diri

Sungguh tidak sedar diri aku ini

Begitulah aku tidak mahu menyuluh diri sendiri, maka tidak sedar dirilah aku

Aku tidak tahulah orang lain apakah macam aku?!

Tidak sedar diri juga, tidak ada kuasa apa-apa tapi rasa luar biasa?

Aku tidak mahu jahat sangka dengan mereka

Kalau aku tidak sedar diri, tidak semestinya mereka juga tidak sedar diri macam aku

Mungkin mereka terlepas daripada penyakit ini

Bilakah aku hendak sedar diri?

Bahawa sedar diri tidak ada kuasa apa-apa

Kuasa sepenuhnya adalah di tangan Tuhanku

Moga-moga aku sedar diri

Tuhan insafkan aku, sedarkan aku bahawa kuasa sepenuhnya ada pada-Mu

Agar aku menyerah diri sepenuhnya kepada-Mu yang mempunyai kuasa  sepenuhnya

 

Alangkah Lemahnya Aku

17.2.2004

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer