warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Alangkah Hebatnya Tuhan







Alangkah Hebatnya Tuhan





Alangkah Hebatnya Tuhan

 

Alangkah hebatnya Tuhan

Di dalam satu kerdipan mata berbilion-bilion yang dicipta-Nya dengan serentak

Di masa yang sama pula berbilion-bilion yang dibinasakan atau yang ditiadakan-Nya

Di dalam satu kerdipan mata, berbilion-bilion secara serentak diketahui yang ada mahupun yang tiada

Juga di masa yang sama dengan serentak berbilion-bilion perkara yang dilihat dan didengar-Nya

Kudrat-Nya Esa sepertimana sifat-sifat yang lain juga Esa

Kuasa membuat yang sedikit atau banyak,  kecil atau besar sama sahaja

Tidak ada beza kerana Tuhan itu Kudrat-Nya bukan tenaga

Tapi Zat-Nya yang Maha Kuasa atau bersifat Kuasa

Kerana itulah Tuhan tidak terasa  penat atau letih

Begitu juga Tuhan kehendak-Nya bukan dengan nafsu

Kerana itulah kehendak-Nya tidak menerima jemu  juga tidak terasa ghairah seperti manusia

Dia berbuat atau tidak berbuat dengan kehendak-Nya  yang penuh berhikmah

Tidak ada yang sia-sia atau yang tidak  mempunyai hikmah yang tersirat  atau tersurat

Apa yang terdahulu dan apa yang kemudian semua diketahui-Nya

Tidak pernah dilupakan-Nya sekalipun sebesar debu di udara

Murka-Nya bukan dengan nafsu

Kerana Tuhan itu tidak ada nafsu seperti makhluk-Nya

Suka-Nya atau cinta akan sesuatu bukan pula dengan perasaan-Nya

Kerana Tuhan itu tidak ada jiwa

Cinta-Nya pula mengikut kehendak dan hikmahnya

Bukan didorong oleh keadaan

Kerana keadaan dan situasi Tuhan yang mencipta-Nya

Segala apa yang hendak dibuat atau tidak bukan hasil fikiran atau hasil menimbang-nimbang

Kerana Tuhan bukan ada akal seperti manusia

Kerana Kudrat dan Iradat-Nya berlaku adalah  kerana  kepatutan-Nya

Dengan penuh hikmah dan pengajaran

Begitulah Zat Tuhan yang Maha Agung

Sungguh hebat dan menggerunkan

 

Menjelang Maghrib

30.12.99 (22 Ramadhan  1420)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer