warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Alaf 2000 Telah Bermula







Alaf 2000 telah bermula





Alaf 2000 telah bermula

 

Alaf 2000 telah bermula

Ia tiba di dalam keberkatan Ramadhan Mubarak

Bertemu awal kurun Hijriyah dengan awal kurun Masihi

Di awal kurun ini Islam dijanjikan akan gemilang kali kedua

Tapaknya di Malaysia yang tercinta

Insya-Allah selepas hari raya bantuan bertambah laju

Kejatuhan musuh juga bertambah laju menuju kehancuran

Musuh-musuh Islam sama ada secara individu mahupun secara jemaah

makin menuju kejatuhan

Makin bertambah penentangan mereka semakin cepat jatuhnya

Terutama pejuang-pejuang politik Tuhan tidak akan membiarkan lagi mereka membuat semahu-mahunya atau sewenang-wenangnya

Puak Alternatif menekan Mahathir, Mahathir bertambah berang dan sombong

Pengikut-pengikut Mahathir tidak lagi backing Mahathir,

membiarkan Mahathir keseorangan

Krisis dan perbalahan mereka bertambah tajam

Di samping ada hal-hal lain yang terjadi, menambahkan lagi kusutnya keadaan

Golongan kita tidak terlibat, hanya memerhati dan melihat

Siapa yang menyokong Islam bertambah laju diberi bantuan

Golongan utama adalah jemaah Ikhwan

Selepas itu mereka orang-orang masjid yang hendakkan Islam

Golongan politik selepas itu kecundang

Kedua-duanya dilonggokkan sekali oleh Tuhan menerima hukuman

Seolah-olah lepas hari raya, kita memakan buah hasil tanaman

Sekali ini Allah tidak akan membiarkan mereka

Tuhan akan terus menghukum dan menghukum mereka hingga terhina

Alaf baru ini adalah giliran Islam

Insya-Allah kita diselamatkan Tuhan

Kerana itulah Tuhan kumpulkan kita disatu tempat selamat

Sebagai tapak daulah

Selepas Ramadhan ini kejatuhan bertambah terserlah

Kemenangan kita  bertambah mudah

Sama-samalah nanti kita memerhati dan melihatnya

Ia akan berlaku bertambah rancak

 

2.1.2000 (25 Ramadhan)

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer