warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Aku Perlukan Pimpinan Mu







Aku perlukan pimpinan-Mu




Aku perlukan pimpinan-Mu

 

Ya Allah! Ya Tuhanku

Aku perlu kepada pimpinan-Mu

Di atas jalan yang lurus

Tidak mungkin aku boleh hidup tanpa pimpinan-Mu

Aku mengadu kepada-Mu Tuhan!

Tidak mungkin aku terlepas daripada salah dan silap

Tapi apa yang aku harap pada-Mu Tuhan

Di waktu aku mendapat kesenangan, ingatkan aku bahawa nikmat itu daripada-Mu

Agar aku bersyukur kepada-Mu di atas nikmat itu

Ketika aku mendapat ujian kesusahan, ingatkan aku bahawa itu adalah hukuman ke atas diriku

Di atas dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang aku buat

Agar aku bertaubat dan bersabar di atas ujian-ujian itu

Masukkanlah ke dalam hatiku

Aku tenang dengan kehidupan dunia, dan aku bimbang dengan kehidupan Akhirat

Masukkanlah juga ke dalam hatiku, Engkaulah yang paling aku cinta dan takut

Selain Engkau adalah cinta sampingan, dan takut fitrah semata-mata

Tuhan! Di dalam memimpin, Engkau pimpinlah aku lebih dahulu

Supaya pengikut-pengikut aku dapat aku pimpin

 

16.8.2001

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer