warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Aku Inginkan Keredhaan Mu







AKU INGINKAN KEREDHOAN-MU




Aku Inginkan Keredhaan-Mu

 

Kerana keredhaanMu Tuhan, aku sanggup menerima ketentuanMu kecuali kekufuran

Kerana keredhaanMu Tuhan, aku sanggup bersabar dengan ujian

Kerana keredhaanMulah, aku sanggup berjuang

Kerana keredhaanMulah, aku sanggup berkorban

Kalau aku terpaksa bersusah payah kerana keredhaanMu

Aku sanggup mengharungi kesusahan

Miskinkah aku, dibenci orangkah aku

Aku tidak peduli, yang penting keredhaanMu Tuhan

Berilah aku kekuatan lahir dan batin untuk mencari keredhaanMu

Sekalipun terpaksa mengharungi lautan kesusahan

RedhaMu Tuhan, redhaMu Tuhan yang aku idamkan

Janganlah engkau kecewakan, inilah harapan

Aku inginkan keredhaanMu, tunjuklah jalan

Jalan para Rasul, dan orang-orang pilihan

Rentanglah jalan keredhaan di hadapan mataku

Untuk aku menempuh jalan itu

RedhaMu Tuhan ! RedhaMu  Tuhan ! Inilah harapan

RedhaMu Tuhan, redhaMu Tuhan, jangan dikecewakan

RedhaMu Tuhan, redhaMu Tuhan, tunjuklah jalan

Sungguh mahal redhaMu lebih daripada intan berlian

 

Menjelang tidur

26/12/02   - (7)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer