Aku Datang Kepada Mu Tuhan
Aku Datang Kepada-Mu Tuhan
Aku datang kepada-Mu Tuhan dengan penuh kehinaan
Memanglah secara fizikalnya sudah memang hina
Dijadikan daripada tanah, kemudian air mani yang menjijikkan
Kemudian dihinakan lagi pula oleh lumpur-lumpur dosa yang setiap hari terpalit
Di samping kesalahan dan kesilapan yang merupakan kelemahan peribadi
Aku memohon dengan rahmat-Mu
Ampunkan aku Tuhan
Aku meminta belas kasihan-Mu maafkan aku
Aku amat takut dengan dosa-dosa itu Tuhan
Kerana ia adalah kemurkaan-Mu
Ia adalah hijab di antara hamba dengan Engkau
Wahai Tuhan, Engkau Rahman terhadap hamba-hamba-Mu
Di atas Rahman-Mu itulah aku datang kepada-Mu meminta maaf
Aku kesal dengan dosa-dosa itu
Aku sedih dengan kesalahan dan kesilapan-kesilapan itu
Tapi aku ini hamba-Mu, lemah mengkontrol diri daripada kesalahan
Bantulah aku Tuhan
Bentenglah diriku dengan pemeliharaan-Mu
Kalau mengharapkan kekuatan diri, memang tidak mampu
Tapi kalau Engkau mengawal dan menjaganya
Sudah tentu aku selamat dari dosa-dosa itu
Kawallah aku dan jagalah aku daripada dosa-dosa
Itulah yang aku harapkan
Wahai Tuhan Rahman
Jam 2.30 malam
22.10.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1055 reads
Post new comment