warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Akibat Mementingkan Diri







AKIBAT MEMENTINGKAN DIRI




Akibat Mementingkan Diri

 

Isteri yang solehah sentiasa taat dengan Allah dan patuh dengan suami

Suami yang tersalah sentiasa diberi maaf

Cemburu dengan suami tidak ada di dalam sikap

Kepulangan suami disambut dengan senyum dan penuh hormat

Kekurangan yang diberi oleh suami dia tidak menyanggah

Bahkan merasa puas hati apa sahaja yang ada

Sentiasa berpuas hati apa sahaja yang diberi suaminya

Kesilapan suaminya sentiasa didoakan kepada Allah

Dengan suaminya sentiasa sahaja berbaik sangka

Samada cepat balik atau lambat balik tidak mengapa

Dengan suaminya dia sentiasa sahaja redha

Sekalipun suaminya banyak kekurangan yang dia rasa

Sentiasa simpati  dengan suami di waktu bila pun tampak di wajahnya

Kebuntuan suami dia selalu sahaja memberi semangat dengan kata-kata

Suaminya dapat semangat dengan kata-kata isterinya yang bertimbang rasa

Suaminya dapat inspirasi dari isterinya

Begitulah sifat isteri yang solehah dengan suaminya

Senang dan susah sanggup hidup dengan suaminya dengan bahagia

Merungut-rungut tidak ada di dalam kamus hidupnya

Menjadikan suaminya sentiasa cinta kepadanya dan bertimbang rasa

Hidup berkeluarga aman damai, harmoni sekalipun papa

 

Menjelang tidur

10/12/02

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer