warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Akibat Gagal Membangun Insaniah







Akibat Gagal Membangun Insaniah




Akibat Gagal Membangun Insaniah

 

Para pemimpin atau guru juga ibu bapa

Berbagai-bagai ilmu boleh diajarnya

Berbagai-bagai kajian boleh dibuat

Hingga boleh menyelam berbagai-bagai ilmu

Membuat berbagai-bagai kemajuan

Membangun tamadun material mengkagumkan

Tapi hendak mengenal Tuhan tidak tahu

Betapa hendak mengajar rasa bertuhan

Pemimpin ingin ditaati

Tapi pemimpin tidak tahu bagaimana rakyatnya hendak mentaati mereka

Guru-guru ingin mereka dihormati

Tapi tidak tahu bagaimana hendak mendidik murid-muridnya ke arah itu

Ibu bapa juga ingin anak-anaknya menghormatinya

Tapi tidak tahu hendak melakukannya

Berbagai-bagai kepakaran dimiliki oleh cerdik pandai

Mereka bingung bagaimana hendak menjadikan studentnya menghormatinya

Kasih dan sayang kepadanya, juga mentaatinya

Padahal sama ada pemimpin, guru, ibu bapa

Semuanya suka jika mereka dihormati

Oleh rakyatnya, oleh murid-muridnya dan oleh anak-anaknya

Di sini kita lihat para pemimpin, guru, ibu bapa

Berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal

Tapi mereka gagal membangunkan tamadun insaniah dan rohaniah

Oleh itu apa yang berlaku di dunia ini

Berjaya berilmu, tapi tidak berjaya menahan pergaduhan dan peperangan

Berjaya membangun dan berkemajuan

Tapi tidak berjaya menahan daripada pengkhianatan dan penipuan

Tamadun yang tinggi dapat dibangunkan

Tapi gagal menjadi manusia berakhlak tinggi

Ramai manusia yang pandai tapi pandai pula merompak dan menyamun

Perempuan berjaya setanding dengan laki-laki

Tapi hilang malunya, hancur maruahnya

Negara menjadi cantik, perhubungan bertambah mudah

Tapi di dalam ketakutan

Berjaya mendapat isteri atau suami

Kedua-duanya berpelajaran tapi tidak mampu bersefahaman

Ertinya manusia gagal di dalam kejayaan

Akalnya bergeliga, kemajuan luar biasa

Tapi hati atau jiwanya mati atau buta

Kerana rasa bertuhan sudah tidak ada

 

Menjelang tidur

26.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer