warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Akal Fizikal Dan Hati Satu Pakej Kehidupan







AKAL, FIZIKAL DAN HATI SATU PAKEJ KEHIDUPAN




Akal Fizikal Dan Hati Satu Pakej Kehidupan

 

Kalau fikiran dan mata sahaja yang celik,manusia belum jadi manusia

Kenalah jiwanya juga celik mengenal kebenaran barulah jadi manusia

Hari ini ramai manusia jiwa buta

Tapi mata dan fikiran mereka celik, jadi cerdik

Malang sekali manusia yang cerdik hati buta

Kebenaran sudah tidak nampak, Tuhan tidak diambil

Ramai orang cerdik, bangsa dan negara maju

Tapi masa yang sama jiwa buta, jenayah sama-sama naik

Berlumba-lumba kemajuan dengan jenayah sama-sama naik

Pembangunan pesat, jenayah juga pesat

Kemudahan hidup sangat canggih

Di dalam kecanggihan itulah perpaduan dan keamanan musnah

Di dalam kehidupan ini, akal sahaja cerdik tidak cukup

Kenalah bersamanya jiwa juga ikut celik

Seolah-olah akal, fizikal, hati adalah satu pakej kehidupan

Kurang salah satu tempanglah kehidupan

Oleh itu ketiga-tiga aspek ini jangan diabaikan

Ia merupakan satu pakej kehidupan

Kenalah dididik ketiga-tiga anggota ini

Baru manusia hidup, berkasih sayang, bersatu padu, aman dan bahagia

 

Menjelang Tidur

26/12/02 (4)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer