warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

30 Tahun Aku Berjuang







30 Tahun Aku Berjuang




30 Tahun Aku Berjuang

 

Tuhan!

Lebih kurang 30 tahun aku berjuang

Menyedarkan dan mengumpulkan umat untuk berada di dalam satu jemaah dan satu barisan

Ia telah berlalu dan berlaku berbagai-bagai tahap dan peringkat

Tahap pertama, berdakwah secara rambang, kedua melalui pendidikan ilmu dan akal,

ketiga melalui ilmu dan hati

Sepanjang 30 tahun itu ujian demi ujian telah berlalu dan berlaku

Sama ada secara individu mahupun secara jemaah

Ia berlaku secara kecil-kecilan dan besar-besaran

Yang terbesar berlaku tahun 94 iaitu pengharaman dan tangkapan

Maka tertapis dan tersaringlah di kalangan anggota jemaah

Yang terpelanting itu termasuk orang-orang penting dan sebahagian pemimpin utama

Bahkan mereka menentang pula dan bekerjasama dengan musuh-musuh jemaah

Pernah di suatu masa sekitar setahun aku tinggal keseorangan bersama keluarga  

di dalam rumah

Bahkan ada di kalangan keluarga yang sudah renggang dan memandang sepi

Tapi aku bersyukur  kepada-Mu Tuhan, di waktu itu aku tidak melatah

Aku diberi ketenangan dan  mempunyai satu keyakinan, menunggu bahawa ada masa perjuanganku akan bangun kembali kali kedua

Di waktu itu aku berpeluang mendidik anak-anak dibantu oleh para-para isteri yang setia

Terutama Ummu Jah dan Ummi Nur menjadi orang kananku

Sekarang Tuhan,

Engkau takdirkan aku dapat mengutip semula anak-anak didikan yang telah berpecah-belah

Aku didik mereka melalui ilmu dan hati

Ilmu itu Engkau juga yang memberi dengan berkat Rasul-Mu dan Imam Mahdi-Mu

Rupanya kebangkitan kali kedua ini walaupun nampaknya tidak semeriah dahulu

Tapi ia 'makan dalam', kesannya sungguh mengkagumkan

Di dalam ketenangan itu ia berjalan dengan laju

Perpaduan dan kasih sayang lebih erat dan teguh dari dahulu

Rasa bertuhan mula berbunga, sembahyang malam sudah mula menjadi kebiasaan

Pengorbanan anggota lebih laju dan ikhlas dari sebelumnya

Projek-projek telah mula merecup tumbuh bak cendawan di musim hujan

Kelihatan rahmat dan berkat mula melimpah ruah

Para-para simpati dari hari ke hari bertambah ramai

Yang datang itu berbagai-bagai golongan

Termasuk kaum Cina yang belum Islam

Tuhan,

Aku harap tahap yang ketiga ini janganlah dipisah-pisahkan lagi kami

Biarlah mereka yang ada ini walaupun sedikit termasuk pemimpinnya terus jadi

Aku harap Tuhan, yang ada ini biarlah jadi tapak kepada daulah

Seterusnya ia akan jadi tapak pula kepada ummah

Inilah yang aku harapkan wahai  Tuhan

 

Menjelang Maghrib

6.1.2000 (29 Ramadhan)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer