warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

07 Ringkasan






Untitled Document



BAB 7
RINGKASAN: SISTEM PENDIDIKAN ANAK SOLEH UNTUK PANDUAN PARA PENDIDIK
SEJAK KELAHIRAN HINGGA DUA (2) TAHUN
• Jaga pendengarannya
• Beri sepenuh kasih sayang dan dizahirkan dengan
dipeluk, cium dan dibelai
• Alunkan nasyid, tahlil, selawat dan zikir ketika
mendodoinya
DARI DUA TAHUN (2) HINGGA TUJUH TAHUN (7):
• Jaga pendengaran dan penglihatannya
• Didik mereka dengan nasyid -nasyid tentang Tuhan
dan keindahan akhlak mulia.

• Beri sepenuh kasih sayang dan dizahirkan dengan dipeluk, cium dan dibelai
• Alunkan nasyid. tahlil, salawat dan zikir ketika mendodoinya

DARI TUJUH TAHUN (7) HINGGA UMA BELAS TAHUN (15)

• Kasih sayang tidak ditunjukkan untuk mengelakkannya dan menjadi manja.
• Kemarahan juga disembunyikan supaya dia tidak membenci.
• Latih dia menghormati orang tua dan ibu bapanya
• Kasih sayang ditahap ini ialah dengan memenuhi segala keperluan mereka
• Disiplinkan dengan jadual pelajaran dan tugas asasi di rumah
• Selesaikan Fardhu Ain mereka terutamanya bab thoharoh. solat dan ibadah asas.
• Jangan diberi kemewahan
Beri latihan kesusahan dan tidak keselesaan
DARI LMA BELAS TAHUN (15) HINGGA DEWASA
• Melayani mereka seperti orang dewasa

* Bertukar-tukar pendapat
* Menjadikan mereka kawan
* Menghargai pendapat mereka BAHAN-BAHAN MENJURUS ANAK SOLEH
1. Ilmu Al Quran
* Pandai membaca Al Quran
* Pastikan bacaan tepat terutama Surah Al Fatihah dan ayat-ayat lazim
* Memahami terjemahaan ayat yang dibaca
* Boleh mengajar dan membimbing rakannya
2. Petikan Hadis
* Menghayati Hadis-Hadis amalan harian
3. Memahami Sejarah
* Ajar sejarah yang membangun jiwa samada sejarah Islam atau bukan Islam
* Mendidik dengan mengajaknya mengkaji sejarah orang-orang yang baik dan balasan Allah kepada kaum yang degil
* Kenaikannya sejarah pemimpin-pemimpin dunia
4. Menguasai ilmu Fardhu Ain
a. Tauhid
* Merasa kebesaran Allah
• Yakin kesemua rukun Iman
b. Feqah
• Untuk memastikan sah amal ibadatnya
• Agar terdisiplin hidup
c. Tasauf
• Mengenal mazmumah dan mahmudah diri
• Menyuburkan yang baik dan menghapuskan yang keji
Pandang dengar
a. VCD
• Dukumentari alam kejadian Tuhan
• Filem tokoh pejuang Islam
• Pengetahuan am seluruh dunia
• Video klip nasyid-nasyid pembangun jiwa dan akhlak mulia
b. CD
• Nasyid-nasyid pembangun jiwa dan akhlak
• Ceramah dan nasihat
• Al-Quran dan terjemahannya
c. TV
9 Program ilmiah dan perkembangan semasa

• Berita
• Drama nasihat dan pengajaran
Teater Muzikal Islam
• Sejarah orang-orang soleh
• Keinsafan
• Contoh cara hidup anak soleh Konsert
• Nasyid-nasyid
• Lagu-lagu patriotik dan kemanusiaan
SIKAP-SIKAP ANAK SOLEH a. Dengan Tuhannya
• Tuhan sangat dibesarkan melalui ibadah sembahyang, membaca Al-Quran, tasbih dan
tahmid.
• Rasa bertuhan sangat mendalam sehingga teserlah pada muka dan sikapnya seperti:
• Merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang, pemurah, tawakkal, pemaaf, bertolak ansur dan berdisiplin.
• Melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan akhirat.
• Melihat mukanya kita rasa tenang dan tenang.

Dengan Syariat Tuhan
Syariat sangat dijaga. Pakaiannya: Menutup aurat Bersih Kemas
Makan dan minumnya dijaga dari: Yang haram Yang Syubhat
Pergaulannya dijaga dari:
Bergaul bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhram
Matanya selalu ditundukkan
Percakapannya disukat dan dikawal dari tersalah dan tersilap
Pendengarannya dijaga dari perkara yang haram Masanya tidak dibuang sia-sia
Dengan guru-guru
Memberi sepenuh penghormatan kepada mereka
Malu di hadapan mereka
Merendah diri dengan mereka
Jasa guru sentiasa dikenang seperti menyebut-nyebut nama dan jasa

• Kesalahan guru dilupakan
• Sedia berkhidmat kepada mereka bila-bila masa
• Sentiasa mendoakan mereka selalu
• Menziarahi mereka bila ada masa dan memberi bantuan atau hadiah
d. Dengan Ibu Bapa
• Sangat menghormati mereka
• Sangat merendah diri di hadapan mereka
• Jasa mereka selalu dikenang bahkan dibalas selalu
• Kesusahan mereka dibantu, kalau senang beri
hadiah selalu
• Selalu menziarahi mereka 9 Aib mereka ditutup
• Mentaati arahan mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat
• Membantu kerja-kerja mereka di rumah sekalipun
tidak diminta
• Memberi sumbangan kepada mereka walaupun mereka berada
• Mendoakan keselamatan mereka dunia akhirat
• Rendahkan suara dan jangan membantah kata-kata mereka
e. Dengan kawan-kawan

Pandai bergaul
Setia dengan kawan-kawan
Kesusahan Kawan dibantu
Suka menziarahi kawan bila ada masa
Janjinya ditepati
Aib mereka ditutup
Mengutamakan mereka dalam semua perkara Mengelakkan pertengkaran dan perbalahan Memaafkan jika mereka tersilap Meminta maaf jika bersalah Setia
•Ketika mendapat nikmat
Merasakan di hati, nikmat itu dari Tuhan sebagai ujian apakah dia bersyukur atau tidak. Rasa terhutang budi dengan Tuhan lantas mengucapkan syukur kepada-Nya Menggunakan nikmat tersebut sesuai dengan kehendak Allah
Ketika Berhadapan dengan rezeki
Terus teringat orang-orang yang telibat mengusahakan hingga rezeki itu terhidang di hadapannya.
Mendoakan mereka yang berjasa itu:

i) Jika orang Islam, didoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. U) Jika bukan Islam, didoakan semoga Allah beri hidayah dan taufik
• Amat menjaga rezeki agar tidak membazir kerana tiada seorang pun dikalangan manusia yang boleh mencipta walau sebutir nasi atau setitis air.
h. Ketika Berziarah
• Membawa buah tangan
• Memberi salam
• Masuk dan duduk hanya setelah diberi izin
• Jaga penglihatan
i. Dengan tetamu
• Memuliakan tetamu
• Mengutamakan tetamu dari diri sendiri
• Menjaga kebajikan mereka dari sudut:
i) Makan minum
ii) Tidur
iii) Pakaian
• Melahirkan dan mengekalkan rasa gembira dengan kedatangan mereka yang membawa bersama rahmat Tuhan
• Merasa sedih dengan pemergian mereka dan berterima kasih kerana memberi tuan rumah pengampunan Tuhan.

• Memberi hadiah kepada mereka
J. Ketika berhadapan dengan ujian
• Merasakan ujian itu adalah kasih sayang Tuhan kepadanya untuk menghapuskan dosa-dosanya di dunia
• Mengakui kesalahan diri atas ujian yang berlaku tanpa mencari-cari kesalahan orang
• Membanyakkan ingatan kepada Allah
SIKAP BAIK ANAK SOLEH
Banyak sikap baik anak-anak soleh yang patut diikuti tetapi telah dilupakan orang, di antaranya:
Menyusun kasut
Apabila memasuki surau, masjid, rumah, premis, dewan yang memerlukan kasut-kasut ditanggalkan mereka akan menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan cantik dan teratur.
Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan
Mengelap meja makan dan menyusun pinggan
Anak-anak soleh, setelah makan di restoran, mereka tidak meninggalkan meja berselerak. Meja akan dilap dan pinggan dan mangkuk akan disusun untuk memudahkan pekerja membersihkannya.

Sabda Nabi SAW: Sebalk-baik manusia adalah mereka yang banyak berkhidmat sesama manusia.
Mengutip nasi
Ketika makan, jika ada nasi yang tumpah, anak soieh tidak akan membiarkannya Dia akan mengutipnya dan memakannya supaya tidak membazir. Allah tidak suka kepada orang yang membazir.
Firman Allah:
"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan"
Menjaga Aurat
Anak-anak soleh amat menjaga aurat mereka walaupun di tempat sunyi seperti di bilik air. Mereka mandi dengan memakai kain basahan.

JADUAL HARIAN ANAK SOLEH
4.30 Bangun pagi, bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan berdoa kepada Allah dan berniat untuk melakukan sebanyak-banyak kebajikan untuk hari itu.
4.40 Mandi dan membersihkan diri
4.55 Bertafakkur mengenang dosa dan kesalahan diri Solat sunat Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir.
6.00 Solat Subuh
6.30 Membaca Al Quran
8.00 Sarapan
7.00 Ke sekolah
1.00 Pulang sekolah
1.15 Bersiap soiat Zohor.
1.30 Solat zohor berjemaah.
2.00 Makan tengahari.
2.30 Ulangkaji pelajaran.
4.00 Bersiap solat Asar
4.30 Solat Asar berjemaah.
5.00 Membantu keluarga/riadhah.
6.50 Persiapan solat Maghrib.
730 Soiat Maghrib berjemaah.
8.00 Makan malam.
8.30 Solat Isyak berjemaah.
9.00 Ulangkaji.
1030 Bersiap untuk tidur & tidur.

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer