warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02 Taqwa Rahsia Kemenangan Umat Islam






Untitled Document



Sebab-sebab Kemenangan atau Kejayaan

Allah Taala telah mentakdirkan dan menentukan bahawa yang menjadi khalifah dibumi adalah daripada jenis manusia. Allah Taala telah memberi kebebasan kepada manusia yang berbagai-bagai kaum dan bangsa mentadbir, mengimarahkan, membangun dan memajukan muka bumi ini. Manusia dibenarkan membangun peradaban yang maju dan cangguh. Tetapi Allah Taala mau segala-galanya diatur, diurus dan dibangunkan mengikut syariatNya seperti yang diperintahkan melalui rasul-rasulnya.

Walau bagaimanapun siapa yang mengingkari dan membelakangi perintahNya walau pun mereka berjaya di dunia, di akhirat tetap dihukum setimpal dengan kesalahan dan larangan yang dilakukan oleh manusia. Maka setiap kaum dan bangsa di kalangan manusia berlumba-lumbalah membangunkan kemajuan dan peradaban. Kebanyakan mereka berjaya membangun dan membuat kemajuan material tetapi gagal mengikut syariat Tuhan. Mereka derhaka kepada Allah di dalam masa membangunkan kemajuan dan peradaban di dunia.

Perlu diingat sebab-sebab suatu kaum atau bangsa itu mendapat kemenangan dan kemajuan di dalam berbagai-bagai bidang, ada sebab-sebab yang lahir, ada sebab-sebab yang batin, ada sebab-sebab yang tersurat dan ada sebab-sebab yang tersirat. Ada sebab-sebab yang dapat dilihat, ada sebab-sebab yang tidak dapat dilihat. Ada sebab-sebab yang logik. Ada sebab-sebab yang tidak logik.

Umat Islam mencapai kemenangan dan kemajuan, sepatutnya tidak semata-mata bergantung kepada sebab-sebab yang lahir tapi memerhatikan juga sebab-sebab yang batin. Umat Islam tidak bersandar dengan sebab-sebab yang tersurat saja tapi bersandar juga dengan sebab-sebab yang tersirat. Dalam Islam kemenangan dan kejayaan dapat diperoleh dengan empat sebab :

  1. Melalui sifat taqwa
  2. Atas dasar berkat
  3. Atas dasar istidraj
  4. Atas dasar quwwah

Pertama: Melalui sifat taqwa.

Segala usaha dan perjuangan dalam berbagai bidang kehidupan seperti di medan perang, ekonomi, pembangunan, pendidikan, dakwah dan lain-lain lagi ialah dibuat di atas dasar taqwa. Dalam berjuang dan berusaha tujuannya untuk mencari redho Tuhan. Di dalam berusaha ia membaiki diri. Di dalam berjuang, rasa bertuhan itu dipertajamkan. Di dalam berusaha rasa kehambaan makin dirasakan. Pergantungannya dengan Tuhan begitu kuat. Cara inilah Allah Taala memberi jaminan kemenangan dan kejayaan. Kemenangan dan kejayaan itu akan berlaku mengikut tahap-tahapnya. Kalau perjuangan itu besar, besar jugalah kejayaannya. Kalau kecil perjuangan itu kecil juga kejayaannya. Itulah yang dimaksudkan oleh Al-Quran:

surat:10 ayat:103

1) Berhak di atas Kami memberi kemenangan kepada orang mukmin. (Yunus:103)
surat:65 ayat:2 surat:65 ayat:3 2) Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya diberi dia jalan keluar dan diberi rezeki sekira-kira tidak tahu sumbernya. (At Talaq 2-3)
surat:2 ayat:282 3) Barang siapa yang bertaqwa, nescaya diajarkan kamu akan ilmu. (Al Baqarah:282)
4) Maksud Rasulullah SAW, "Barang siapa mengerja apa yang dia tahu, nescaya Allah akan pusakakan apa yang dia tidak tahu."
5) Inilah yang dimaksudkan oleh Wakiq (Guru Imam Syafie) kepada Imam As Syafie, "kalau hendak mudah menghafal, tinggalkan maksiat."

Kedua: Atas Dasar Berkat

Kemenangan dan kejayaan yang diberi atas dasar berkat orang lain atau satu amalan yang dipandang besar oleh Allah Taala ini kepada orang yang fasiq atau kafir pun dikurniakan oleh Allah SWT. Seperti seseorang yang taat kepada kedua orang tuanya yang soleh. Seseorang yang berkhidmat kepada gurunya yang soleh atau orang yang membantu perjuangan yang hak yang diperjuangkan oleh orang-orang yang soleh, orang yang didoakan oleh orang yang soleh, orang yang berkhidmat dengan anak-anak yatim, orang yang berkhidmat dengan fakir miskin. Bertawasul dengan orang-orang yang soleh, orang yang menghormati orang yang soleh. Inilah yang dimaksudkan oleh Hadith:
"Dengan sebab mereka, mereka diberi rezeki"
"Dengan sebab mereka, mereka diberi pertolongan"

Ketiga: Atas dasar Istidraj

Diberi kemenangan dan pertolongan atas dasar istidraj. Kemenangan dan pertolongan Allah Taala secara ini Allah Taala lakukan kerana Allah telah terlalu murka kepada seseorang, satu kaum atau satu bangsa kerana kezaliman atau kekufurannya. Atau mereka sudah terlalu derhaka kepada Allah. Agar mereka tertipu dengan kemenangan atau kejayaannya itu. Mereka makin tidak sedar dan lupa hingga mereka terus melakukan dan meneruskan kezaliman atau kekufuran atau kederhakaannya hingga mati, binasa dengan kajahatannya. Akhirnya mereka akan dijerumuskan ke dalam neraka.

Keempat: Atas dasar quwwah

Kemenangan dan kejayaan atas dasar quwwah kerana ada mempunyai kekuatan lahir seperti mempunyai kekuatan ilmu, kekuatan tubuh badan, kekuatan tenaga manusia, kekuatan alat kelengkapan yang canggih, pandai mengatur strategi, berdisiplin, rajin dan kesungguhan bekerja dan berjuang serta berani dan tahan berhadapan dengan cabaran. Kemenangan ini adalah kemenangan yang lumrah berlaku kepada sesiapa dan kepada kaum atau bangsa apa sahaja. Atau kemenangan dan kejayaan ini Allah Taala lakukan sesuai dengan usaha dan kemampuan yang ada. Boleh jadi juga Allah sertakan kemenangan dan kejayaan secara istidraj. Kerana mereka sudah terlalu percaya dengan usaha dan kemampuan sendiri tanpa bersandar dengan kekuasaaan Allah Taala. Inilah yang dimaksudkan oleh hukamak yang bermaksud:

"Kebenaran yang tidak mempunyai disiplin itu akan dikalahkan oleh yang batil."

Begitulah secara ringkas penjelasan tentang rahsia kejayaan. Kemenangan dan kejayaan yang mereka perolehi iaitu ada empat cara seperti mana yang telah kita terangkan sebelum ini. Keseluruhan cara-cara kemenangan dan kejayaan itu, cara pertama itulah yang mendapat keredhaan Allah Taala. Mereka mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Mereka mendapat kejayaan dan mendapat keampunan dari Tuhan. Kemenangan dan kejayaan yang pertama itu adalah kejayaan yang selamat dan menyelamatkan. Kemenangan dan kejayaan yang besar dan global ini jarang berlaku. Ini berlaku sekali sekala di dalam sejarah dunia kecuali yang kecil-kecil. Kemenangan dan kejayaan melalui sifat-sifat taqwa ini syariat Islam dapat dibangunkan, para-para pemimpin dan pendokong-pendokongnya merendah diri dan tawaduk, kemakmuran yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh umum manusia, sama ada yang muslim mahupun yang kafir. Menzalim dan menindas tidak wujud. Kesyukuran itu terserlah di mana-mana dengan dapat dilihat Allah Taala itu dibesarkan melalui ibadah dan kekayaan digunakan untuk fisabilillah dan khidmat kepada manusia. Berkat dan rahmat dari Tuhan terserlah dapat dilihat di mana-mana seperti kasih sayang, ukhwah, lemah lembut, bertolong bantu, mendahului kepentingan orang lain, bersopan santun dan berakhlak tinggi. Akhirnya masyarakat aman damai dan hidup harmoni. Ketakutan dan kebimbangan tidak wujud lagi.

Perlu diingat kalau kemenangan dan kejayaan itu diperolehi dengan secara istidraj dan kuat, kerosakan terlalu banyak. Para pemimpin dan pejuang-pejuangnya sombong dan angkuh. Mereka akan melakukan penzaliman dan penindasan terhadap manusia di muka bumi terutama kepada musuh-musuhnya. Kesenangan dan kemewahan hanya untuk golongan tertentu, syariat ditentang atau diabaikan. Pejuang-pejuang kebenaran dimusuhi dan ditentang bahkan akan disusah-susahkan. Orang-orang miskin terbiar. Goloingan-golongan yang senang dan kaya akan melakukan pembaziran dan membuang harta sesuka hati. Curiga-mencurigai pun berlaku. Ampu-mengampu lumrah berlaku. Diskriminasi terjadi. Akhirnya manusia lalai dan cuai dengan Tuhan. Perlanggaran hukum hakam dilakukan. Manusia hidup nafsi-nafsi, masing-masing membawa diri dan jaga diri. Perpecahan menjadi-jadi, curi, merompak sering berlaku. Pembunuhan dan pergaduhan menjadi budaya hidup. Akhirnya seluruh manusia hidup di dalam ketakutan termasuk para pemimpin dan orang-orang kayanya, Masyarakat kacau bilau. Huru-hara di mana-mana. Akhirnya kemajuan dan kejayaan yang diperolehi tidak ada erti apa-apa. Inilah yang berlaku di kebanyakan zaman di dunia dan itulah juga yang berlaku di seluruh dunia hari ini. Perlu juga diingat bahawa kemenangan dan kejayaan yang diberi pada sesuatu kaum atau bangsa secara istidraj, hikmahnya kerana hendak menghukum golongan yang telah mendapat kebenaran tapi telah lalai. Lupa kepada Tuhan. Meringankan syariat. Lupa hari akhirat, agar mereka kembali kepada kebenaran dan rujuk semula kepada Tuhan. Itulah hukuman yang sedang berlaku kepada umat Islam di dunia hari ini kerana kelalaian mereka.

Taqwa Rahasia kemenangan umat Islam

Karena tidak mempedulikan taqwa, umat dan organisasi Islam menjadi begitu lemah. Sering terjadi dalam muktamar organisasi-organisasi besar Islam di dunia, sponsornya adalah orang bukan Islam atau perusahaan yang dimiliki oleh orang bukan Islam. Biasa terjadi perusahaan rokok menjadi sponsor utamanya. Walaupun umat Islam banyak tetapi tidak ada arti apa-apa. Jutaan umat Islam diperkotak katikkan oleh beberapa orang. Orang bukan Islam tertawa.
Sebenarnya dalam sejarah Islam, tidak pernah umat Islam mendapat kemenangan, mempengaruhi dan menguasai dunia karena jumlah yang banyak, tetapi karena bantuan Tuhan. Walaupun jumlah mereka tidak banyak, kekuatan fisik dan ekonomi mereka jauh lebih lemah dibanding musuh-musuh mereka. Dalam memperjuangkan Islam, kita tidak perlu bersandar dengan orang, sehingga maruah dan kehormatan diri dan jamaah kita tidak jatuh. Bagaimana kita akan menarik orang kepada Islam kalau kita banyak bersandar dan memerlukan bantuan mereka. Mereka akan berkata tanpa ikut Islampun aku sudah lebih kuat dari orang Islam.

Dalam peperangan Badar jumlah tentara Islam hanya 313 berbanding dengan 1000 orang tentara di pihak musuh. Karena ketaqwaan mereka, mereka dibantu Allah sehingga mendapat kemenangan. Begitu juga dalam bidang ekonomi. Sejarah telah menunjukkan bagaimana dengan ketaqwaannya Saidina Abdurrahman bin Auf dan timnya berhasil membangun ekonomi Umat Islam yang selama ratusan tahun sudah dikuasai oleh Yahudi.

Contoh lain adalah perjuangan Sultan Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi yang karena ketaqwaan mereka dan pengikut mereka, Allah berikan bantuan sehingga mendapat kemenangan yang selamat dan menyelamatkan.

Ketika penjajah barat menjajah negara-negara di dunia terutama negara-negara umat Islam, mereka membawa kekuatan tentera dan persenjataan. Rakyat jajahan terpaksa taat dengan kehendak penjajah. Tetapi untuk menguasai sebuah negara, pemimpin Islam tidak mengandalkan jumlah tentara yang banyak dan persenjataan lahiriah yang banyak dan canggih. Waktu Saidina Umar bin Khattab menjadi khalifah, dia mengutus gubernur-gubernur ke Syam, Palestin, Mesir, Irak seorang diri saja. Tetapi karena ketaqwaan mereka, maka orang Yahudi, Majusi dan kristen dapat menerima mereka dan taat, apalagi orang Islam. Seolah-olah Tuhan berkata: "Cukup 1 orang Aku yang bertaqwa akan dapat menundukkan orang yang banyak". Di sinilah Tuhan menunjukkan kuasaNya. Kalau penjajah barat menawan negeri jajahannya dengan tentera dan persenjataan, para sahabat berangkat seorang diri tanpa kawalan. Kalaulah mereka tidak Tuhan jaga, sudah tentu mereka akan ditangkap, dibunuh atau di buang ke Sungai Furat.

Dalam kegairahan ingin berjuang ini, umat Islam mesti mengambil perhatian masalah taqwa ini. Tuhan menolong bukan atas dasar jumlah pengikut yang banyak, tetapi atas dasar taqwa. Bila umat islam sudah menjadi orang Allah, maka Allah akan membela mereka. Di zaman Rasulullah umat Islam berperang dengan orang kafir sebanyak 74 kali dan yang disertai serta dipimpin langsung oleh Rasulullah SAW sebanyak 27 kali. Dari 74 kali peperangan itu hanya satu kali saja jumlah tentara Islam lebih banyak dari pada tentera musuh yaitu dalam perang Hunain. Pada saat itu umat islam kalah sebab rasa ketergantungan kepada Allah sudah menipis. Ada cacat dengan Allah. Bila ada cacat dengan Allah maka Allah tidak membantu mereka. Tetapi pada perang-perang yang lain, kekuatan material tentara umat Islam lebih kecil dari pada tentara musuh baik dari jumlah tentara, senjata, kendaraan dan sebagainya. Macam dalam perang Badar, musuh Islam memiliki 700 kuda sedangkan umat Islam hanya ada 2 ekor kuda saja. Tetapi hasilnya umat islam yang menang. Tetapi ulama-ulama Islam tidak mengambil perhatian prihal taqwa ini. Mereka berjuang, berdemonstrasi dengan mengandalkan jumlah yang banyak bukan kualitas taqwa yang tinggi.

Proses Allah kepada orang-Nya sebelum diberi kemenangan

Sebelum diberi kemenangan atas dasar taqwa maka Allah memproses para pejuang kebenaran dengan berbagai proses. Supaya manusia memandang besar bantuan Allah.

Coba gambarkan dan bayangkan bagaimana kecemasan pengikut Nabi Nuh sebelum diberi kemenangan oleh Allah. Mereka cemas, air banjir datang, musuhnya habis. Bagaimana kalau kapal terbalik, tentu mati semua, sedangkan mereka hanya berjumlah 80 orang. Yang menangpun cemas, yang kalah habis, musnah tidak ada yang selamat.

Nabi Ibrahim a s Allah beri bantuan dengan mendatangkan nyamuk untuk memusnahkan musuhnya, Namrud. Bukankah ini hebat? Musuh musnah oleh nyamuk dan yang menangpun dibakar dahulu di dalam api. Tetapi Tuhan selamatkan. Coba bayangkan betapa cemasnya kalau kita yang dibakar di dalam api selama 40 hari 40 malam. Kalau sakit jantung, mungkin belum sempat dilempar ke dalam api sudah mati. Artinya sebelum pejuang kebenaran diberi kemenangan oleh Allah SWT mereka diproses oleh Allah agar hati mereka kental dengan Allah. dah nak menang ni berhadapan dg perkara yang sngt hebat.

Begitu juga dengan sejarah Nabi Musa a.s. Sebelum diberi kemenangan oleh Allah Nabi Musa dan para pengikutnya dikejar oleh bala tentara Fir'aun, terpaksa berpindah-pindah, bahkan mesti melompat ke dalam laut Merah. Terjun ke dalam laut, siapa yang tidak cemas karena. biasanya tidak selamat. Tetapi karena taqwa mereka yang tinggi, Allah selamatkan mereka dan tenggelamkan musuh mereka.

Begitu juga dengan Nabi Yusuf a.s.. Walau dia diberi kemenangan tanpa melalui peperangan, tetapi kemenangan itu Allah beri selepas 40 tahun mengalami berbagai proses dan ujian. Mula-mula sekali ia dipisahkan oleh abang-abangnya sendiri dari ayahnya, selepas itu ia dimasukkan ke dalam perigi oleh suadara-saudaranya sendiri. Datang orang musafir yang secara tidak sengaja menemukannya dan menjualnya sebagai budak belian. Ini bukan orang biasa, bakal jadi Rasul. Tuhan biarkan ia jadi hamba. akhirnya dia dipilih oleh istana. Di dalam istana dia difitnah dengan fitnah wanita. Betapa malu. Untuk menghilangkan malu itu perlu waktu yang lama sampai Siti Zaleha membuat satu majelis yang mengundang para wanita bangsawan dari seluruh kerajaan.

Lalulah Nabi Yusuf dalam majelis itu. Karena terlalu tampannya Nabi Yusuf sampai ada yang terlontar dari mulut mereka, 'Apakah ini malaikat?'. Bahkan banyak yang terpotong jarinya. Barulah Zaleha berkata pada mereka, 'Kalian semua baru melihat ia berlalu saja sudah banyak yang terpotong tangan, saya setiap hari melihat dia'. Untung dia masih lalu saja. Kalau dia melihat dan berada lama dalam majelis kita, mungkin ia mati dikeroyok. Akhirnya Nabi Yusuf pun merintih, seolah ketampanannya menyusahkan dia. Ia berdoa agar masuk ke dalam penjara saja. Doanya Allah kabulkan. Akhirnya dia masuk penjara dan orang melupakan dia. Tetapi Allah ada cara untuk menyelamatkan hamba-hambaNya. Dengan kuasa Allah negara ditimpa masalah. Raja bermimpi dan tidak ada yang dapat menafsir mimpi itu kecuali Nabi Yusuf. Ternyata mimpi itu ada hubungannya dengan negara. Akhirnya Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara dan diberi tugas sebagai Perdana Menteri dan setelah raja meninggal dunia dia dinaikkan menjadi raja. Begitulah kesusahan-kesusahan dan proses yang ditangungnya sebelum diberi kemenangan oleh Allah SWT tanpa melalui perang.

Ada juga pejuang kebenaran yang sebelum Allah beri kemenangan diberi ujian-ujian melalui berbagai peperangan. Tentu saja sangat mencemaskan. Anak isteri dan keluarga yang tidak ikut perang merasa cemas dan bimbang. Hati menggelodak, mati atau hidupkah suami aku. Tetapi di akhir zaman ini Allah akan memberi kemenangan kepada pejuang kebenaran tanpa melalui perang, banjir, nyamuk, gempa bumi dan sebagainya. Tetapi melalui baiki diri sungguh-sungguh sehingga kemenangan yang Allah berikan itu akan selamat dan menyelamatkan orang lain.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer