Taqwa Membawa Kejayaan


22/02/2006

Tuhan berjanji kepada siapa sahaja yang bertaqwa akan dianugerahkan:

  • Urusan dipermudahkan
  • Rezeki diperolehi tanpa diduga sumbernya.
  • Ilmu sentiasa ditambah
  • Diberi pertolongan
  • Diberi bantuan.
  • Diberi kemenangan dan kejayaan
  • Diangkat atau dialihkan bencana.
  • Musuh-musuh ditipu.
  • Turun berkat dari langit dan bumi.
  • Diberi jalan keluar dalam masalah.

Andainya umat Islam benar-benar yakin kepada janji Tuhan, sudah tentu umat Islam bersungguh-sungguh mengusahakan taqwa agar janji Tuhan itu menjadi realiti.

Taqwa dari akarkata waqo yang bermaksud pelihara. Dari segi istilah Taqwa bermaksud orang yang sangat memelihara hubungan dengan Tuhan. Rasa takut dan rasa cintanya kepada Tuhan amat mendalam. Jiwa tauhidnya tidak lekang. Maka lantas dia memelihara syariat Tuhan dalam kehidupan.

Reaksi dari Tuhan kepada orang begini ialah Tuhan pelihara, bela, lindung, benteng. Tuhan yang berbuat bagi pihak orang yang bertaqwa. 10% sahaja orang bertaqwa perlu berbuat secara tepat yang sudah disyariatkan atau sudah disunnahkan, maka 90% Tuhan yang berbuat di atas taqwa seseorang itu. Sekurang-kurangnya sepuluh perkara di atas itu adalah janji Tuhan kepada orang bertaqwa.

Diantara amalan orang bertaqwa ialah :

  • Takut dan cinta kepada Tuhan.
  • Sentiasa rasa berdosa.
  • Sering bertaubat.
  • Menebus dosa-dosanya dengan berubah perangai dan membanyakan sedekah atau pemurah.
  • Bangun malam.
  • Bersungguh membuang mazmumah.
  • Istiqomah
  • Berkasih sayang seperti:

    • lemah lembut

    • lunak

    • pemaaf

    • prihatin

    • bertolong bantu

    • tidak menyinggung dan tidak tersinggung

    • mengutamakan orang lain

    • merendah diri

    • banyak berdoa minta pimpinan, keampunan dan rahmat Tuhan.

Faktor taqwalah yang telah membawa kejayaan kepada umat Islam dahulu. Ketiadaan taqwalah maka umat Islam dilanda berbagai kegagalan dan krisis kerana derhaka kepada Tuhan, maka Tuhan berlepas tangan dengan membiarkan umat Islam umpama anak ayam kehilangan ibu.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer