Sulitnya Mendapatkan Taqwa(2)

Submitted by admin on Sun, 2006-12-31 11:57

Kuliah Perjuangan


07/07/2006

Patutlah taqwa itu amat penting. Besar nilainya di sisi Tuhan. Penyelamat di dunia akhirat. Ilmunya juga unik, rukunnya unik. Benda unik ini, benda mahal ini, benda berharga ini, boleh selamatkan dunia akhirat.

Orang ramai berkata erti taqwa adalah : 'Buat apa yang Tuhan suruh, tinggalkan apa yang Tuhan larang.' Kalau itu saja, sudah cukupkah jadi orang bertaqwe Benda-benda yang mahal ni patutnya begitu sekali dihuraikan, diluaskan. Sepertimana kelapa, nak ambil isinya :kita kena buka kulit dulu, lalu buka lagi kulit dalam. Isinya kena dikukur, kena diperah. Untuk ambil pati dia, kena dimasak hingga sampai dapat pati. Makanya begitu sekali ilmu tentang kelapa tu terbuka, orang paham. Sepatutnya ilmu tentang taqwa itu jelas, nampak. Tapi pelik, benda yang penting ini, rupanya kebanyakan orang tak jelas. Says pun tak tahu mengapa tak jelas tu. Saya pun heran, takkan cukup dengan mengatakan: buat apa yg Tuhan suruh dan tinggalkan yang Tuhan larang.

Jadi taqwa gambarannya tak nampak tapi jalannya Tuhan beritahu,. Rukun-rukunnya diberi. Dalam rukun ada rukun, dan lain-lain itu panduan. Sejauh yang terdaya, termungkin, insyaa Allah kita dapat. Kalau rasa taqwa artinya tak dapat. Kalau rasa gagal, moga-moga itulah taqwanya.

Sekian

Add new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Filtered HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type='1 A I'> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id='jump-*'> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.

PingBack