Siapa Kuasa Besar Dunia?(2)


09/01/2006

....sambungan

Sudahlah begitu, lemah pulak dalam bermujahadah. Oleh yang demikian, mereka tak dapat mengawal hawa nafsu, tak mampu menyuci dan membersihkan hati dan jiwa dari segala sifat mazmumah yang keji dan jelek seperti hasad dengki, tamak haloba, pemarah, cinta dunia, bakhil, riyak, penting diri, sombong, angkuh dan sebagainya.

Apabila golongan mukmin atau orang bertaqwa tidak ada di muka bumi ini, maka Allah akan serahkan kuasa di dunia ini kepada golongan kafir. Akan tetapi, jika golongan bertaqwa sudah muncul atau sudah wujud maka Allah akan pindahkan kuasa dari tangan orang kafir kepada golongan orang yang bertaqwa . Golongan orang bertaqwa lebih berhak menguasai dunia ini daripada golongan kafir. Hatta, golongan yang bertaqwa mempunyai hak warisan terhadap kuasa dunia ini seperti yang Allah firmankan:

Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa. Buktinya, zaman Nabi SAW dulu ada dua kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi. Mereka menguasai seluruh dunia di zaman mereka. Tetapi apabila muncul orang-orang yang bertaqwa yang telah dididik oleh Rasulullah SAW dan yang mengamalkan Al Quran, kedua-dua kuasa besar kafir tersebut telah tumbang dan tewas kepada golongan orang-orang yang bertaqwa ini."

Setelah tujuh ratus tahun golongan orang-orang yang bertaqwa ini berkuasa hingga menjadi empayar yang memerintah tiga perempat dunia, mereka telah digantikan oleh golongan orang-orang Islam yang telah hilang ketaqwaan mereka yang dunia telah masuk ke dalam hati-hati mereka. Mereka telah mula meninggalkan Tuhan dan mengabaikan Al Quran. Justeru itu, akhlak mereka jatuh hingga menyapu bumi, persatuan dan perpaduan mereka runtuh dan kasih sayang sesama mereka bertukar menjadi kebencian, iri hati dan buruk sangka. Kerja mereka hanya merebut kuasa dan merebut harta. Hasilnya, Allah tarik semula kuasa dunia yang telah diberikan-Nya itu dan diserahkan semula kuasa tersebut kepada kafir Barat hinggalah ke saat ini.

Oleh itu kita lihat, umat Islam tidak ada daya upaya untuk menentang golongan kafir ini. Malahan, kita lihat, golongan kuasa besar kafir ini dengan mudah boleh memperkotak katik umat Islam di mana sahaja di dunia ini, membunuh dan memusnahkan negara mereka dan menjajah mereka.
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
Di satu zaman nanti, umat Islam akan dikeronyok-keronyok oleh orang-orang kafir seperti anjing-anjing yang mengeronyok bangkai.

Ada sahabat yang bertanya: Adakah bilangan umat Islam ketika itu sedikit, ya Rasulullah"

Rasul menjawab, Tidak, bahkan mereka ramai. Tetapi mereka ibarat buih di laut.

Inilah yang berlaku di Bosnia, di Kosovo, di Palestin dan di Afghanistan. Sekarang Iraq pula yang dikeronyok oleh Amerka.
Sampai bilakah ia akan berakhir? Jawapannya, sehingga lahir golongan bertaqwa. Golongan yang bertaqwa ini akan menghadapi musuh dengan kekuatan taqwa yang sembilan puluh peratus lebih kuat dan lebih ampuh dari kekuatan lahir, malahan ia boleh melumpuhkan kekuatan lahir.

Kekuatan taqwa ialah kekuatan yang datang dari Tuhan. Kekuatan yang dibantu oleh Tuhan dan tentera-tentera Tuhan sama ada yang lahir mahupun yang ghaib. Bantuan-bantuan Tuhan ini banyak yang berbentuk khawariqul adah atau yang ajaib, pelik atau yang mencarik adat.

Mereka ini tidak ramai sebagaimana ramainya umat Islam yang bagaikan buih di laut. Kenapa tidak ramai? Memang sukar pun untuk menjadi orang yang bertaqwa. Tak ramai yang boleh dapat sijil taqwa. Golongan ini sedikit tapi kuat dan padu kerana Allah sendiri yang turun tangan dan memberi pertolongan. Golongan bertaqwa ini mendapat kemenangan bukan kerana hasil usaha mereka tetapi sebagai anugerah dan pemberian dari Tuhan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer