Ramadhan Mengembalikan Manusia Kepada Fitrahnya

Submitted by admin on Sun, 2006-12-31 11:57

12/10/2005

Aidilfitri 3 November - Ahli Falak
KUALA TERENGGANU 10 Okt. - Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Aidilfitri tahun ini pada 3 November apabila usia anak bulan dianggap sudah matang pada petang hari rukyah, kata ahli Falak Syarie, Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata, mengikut hisab, pada petang hari rukyah iaitu hari Rabu, anak bulan sudah pun kelihatan di atas ufuk selama sembilan minit.
``Ketika itu matahari terbenam pada pukul 7.02 malam, manakala anak bulan pula pada pukul 7.11 malam dan ini bermakna anak bulan sudah berada di atas ufuk selama sembilan minit.
``Ini (juga) bermakna umur anak bulan pada waktu itu sudah pun matang iaitu sembilan jam 45 minit atau melebihi tempoh matangnya, lapan jam,`` katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Katanya ini bermakna umat Islam akan berpuasa hanya 29 hari tahun ini dan keesokan harinya iaitu Khamis dikira sebagai 1 Syawal 1426 atau Aidilfitri.
ULASAN
Mengapa Hari Raya Aidil Fitri dinamakan juga Hari Raya Fitrah? Kerana hari itu hari di mana manusia keluar dari Ramadhan membawa diri yang suci bersih lahir dan batin, sebagaimana fitrah semulajadinya. Sebab latihan-latihan ibadah yang diperintahkan di dalam bulan Ramadhan, kalau dilaksnakan mengikut displin syariat lahir dan batinnya mampu mampu mengembalikan manusia kepada fitrah murni, sama seperti mana ia mula-mula dilahirkan ke dunia. Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya : Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih seperti kain putih. Ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani dan Majusi
Fitrah manusia sewaktu baru datang ke dunia , yakni sebelum diracuni oleh kesesatan dan maksiat, adalah bersih dari segala kejahatan lahir dan batin. Hati manusia asalnya atau fitrahnya adalah baik, menyintai kebaikan, kenal dan taat kepada Allah SWT. Sebab hati memang mengaku yang dia adalah hamba Allah. Hati tidak setuju kalau dia dikatakan hamba syaitan, hamba nafsu, hamba betina atau lain-lain selain Tuhan.
Benarlah Allah berfirman:
Terjemahannya: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab Ya, kami menjadi saksi (Engkaulah Tuhan kami). (Al A raf: 172)
Demikian pengakuan roh sewaktu belum dilahirkan ke dunia, yakni ketika dihadapkan ke hadrat Allah. Roh (Hati) waktu itu kenal Allah dan mengaku hamba-Nya. Tapi bila tiba ke dunia yang fana ini, roh disaluti nafsu dan syaitan dan dipengaruhi oleh segala macam tipu daya kenikmatan dan kelazatan dunia, maka jadilah ia derhaka dan lupa pada Tuhan yang sebenar yakni Allah SWT.
Lalu manusia bertuhankan Tuhan-Tuhan selain Allah sama ada sedar atau tidak. Umat Islam, sekalipun mengaku Allah Tuhannya, tapi dalam tindak-tanduknya, mereka bertuhankan hawa nafsu. Amalan lahir, apalagi amalan batin yang mereka lakukan adalah perbuatan-perbuatan yang diperintahkan oleh nafsu. Firman Allah :
Terjemahannya: Maka pernahkah engkau perhatikan orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya? (Al Jaathiah: 23)
Tamak haloba, cinta dunia (hingga lupa Akhirat), gila pangkat dan sanjungan hingga tergamak tindas-menindas dan zalim menzalimi, sombong bongkak, angkuh, takabur hingga hilang timbang rasa dan belas kasihan sesama manusia, berdengki berdendam hingga sanggup fitnah memfitnah, umpat mengumpat, mengadu domba, mengampu dan menjilat. Bakhil atau kedekut hingga terjadilah si kaya bertambah kaya, semiskin makin merempat, mementingkan diri sendiri dan menyalah-gunakan kuasa hingga tergamak melihat dan membiarkan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain. Kecewa, putus asa, membazir. ltulah di antara kejahatan manusia dengan sesama manusia kerana bertuhankan nafsu. Dengan Allah lebih-lebih lagi kejamnya manusia ini.
Kalau begitu wajiblah kila melakukan amalan-amalan yang boleh membersihkan hati kita. Amalan berpuasa adalah amalan yang sebaik-baiknya. Sebab itu Allah mewajibkan kita berpuasa di bulan Ramadhan sebulan lamanya. Puasa yang dilakukan dengan sebaik-baiknya, akan dapat mengembalikan manusia kepada fitrahnya? Hal ini berlaku kerana sepanjang Ramadhan kita mengerjakan amalan-amalan seperti berikut: Puasa, Mujahadatunnafsi, Sembahyang sunat Terawih, Mengeluarkan zakat fitrah dan sedekah dan Membaca Al Quran.
Semua ibadah ini adalah tarbiah atau pendidikan yang boleh membuang sifat-sifat yang jahat. Kemudian menggantikannya dengan sifat-sifat fitrah yang murni. Dengan kata lain, dapat membuang sifat mazmumah untuk diganti dengan sifat-sifat mahmudah

Add new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Filtered HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type='1 A I'> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id='jump-*'> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.

PingBack