Perjuangan Islam Tujuan Untuk Mengenal Tuhan


25/10/2005

Khemah untuk solat jadi tempat kutuk kerajaan

Saudara Pengarang,
PADA 19 Oktober 2005, saya berbuka puasa di sebuah restoran di kawasan Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan. Di situ ada disediakan sebuah khemah khas untuk umat Islam bersolat dan bertarawih.

Yang menjadi tanda tanya saya ialah sebelum berbuka puasa ada sekumpulan ahli parti pembangkang menggunakan tempat tersebut untuk berkempen dan membakar semangat masyarakat sekitar supaya menentang kerajaan yang kononnya dikatakan zalim terhadap Anwar Ibrahim.

Inikah yang dikatakan Bandar Raya Islam? Membinasakan sesama umat Islam, mengutuk dan berdendam yang tidak berkesudahan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Apakah kita hendak menerima musibah seperti tsunami yang berlaku di Aceh atau gempa bumi di Pakistan. Saya berharap Majlis Perbandaran Kota Bharu mengambil perhatian tentang perkara ini. - PELAJAR PRIHATIN, Kota Bharu, Kelantan.

ULASAN

Memperjuangkan syariat Islam tidak sama dengan memperjuangkan ideologi dan undang-undang ciptaan akal manusia. Orang yang memperjuangkan syariat dahulu padahal masyarakat belum lagi kenal, cinta dan takutkan Tuhan pemilik syariat, sebenarnya mereka tidak mengikut Sunnah dan jalan yang pernah ditempuh oleh Rasulullah SAW. Mereka mengikut jalan yang telah ditempuh oleh pejuang-pejuang ideologi yang sekular. Sejarah Rasulullah SAW yang berjuang selama 23 tahun itu, 13 tahun pertama baginda mengenalkan Tuhan kepada manusia agar Tuhan dikenal dicintai dan ditakuti. Kemudian barulah baginda memperjuangkan syariat Tuhan selama 10 tahun.

Padahal Tuhan itu satu, sedangkan syariat Tuhan beribu-ribu banyaknya, tapi waktu yang diambil untuk memperjuangkan Tuhan lebih banyak. Sebab, apa erti berjuang bila tidak kenal dan cinta Tuhan. Apa erti solat, zakat, puasa, haji, menutup aurat, bila tidak kenal, cinta dan takutkan Tuhan. Apa erti menolong orang tua dan kawan-kawan bila tidak dibuat atas dasar hendak mencari redha Tuhan. Mengerjakan satu amalan syariat, suatu kebaikan atau meninggalkan suatu larangan bila dibuat bukan atas dasar Allah, maka dia mungkin riyak atau munafik. Dosa riyak atau munafik ini lebih besar daripada dosa tidak menutup aurat, menipu atau mencuri.

Jadi bila kita tersalah teknik dalam berjuang, kita memperjuang-kan syariat tanpa memperjuangkan Tuhan lebih dahulu maka secara sedar atau tidak sedar kita berjuang untuk menjadikan rakyat munafik. Kalaupun tidak semua rakyat mungkin sebahagian.

Jalan yang ditempuh ini bukan jalan Islam. Bukan jalan yang Tuhan sampaikan pada Rasul. Tapi jalan atau sistem yang diwujudkan oleh musuh kita. Sebenarnya sistem atau cara perjuangan seperti ini, yang mewujudkannya dan memperjuangkannya bukan orang Islam, dia musuh Islam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer