Pelbagai Jenis Pejuang


01/12/2006

Ramai para pejuang-pejuang katanya mereka berjuang untuk kepentingan dan faedah manusia, sanggup susah, sanggup menderita, sanggup ditangkap dan dipenjara. Orang ramai yang melihatnya kagum terhadap mereka.

Ada pejuang hak asasi manusia.
Ada pejuang untuk membenteras kemiskinan manusia.
Ada pejuang politik untuk membela bangsa dan negara.
Ada pejuang ilmu dan pelajaran untuk kehidupan manusia.
Ada pejuang untuk kebajikan mereka.
Ada pejuang untuk menegakan keadilan.
Ada pejuang untuk alam sekitar.

Entah apalagi pejuang-pejuang yang bangun untuk manusia, semata-mata untuk kepentingan di dunia.

Tetapi yang kurang dan di setengah zaman langsung tidak ada, iaitu pejuang-pejuang manusia, untuk manusia diberi Tuhan. Padahal pejuang-pejuang manusia untuk diberi Tuhan, untungnya sampai di Akhirat sana. Tetapi kebanyakan pejuang-pejuang membela manusia hanya semata-mata di dunia sahaja.

Jadi pejuang-pejuang manusia hari ini, singkat sekali, hanya untuk dunia sebelum mati, selepas mati tidak dipeduli.

Padahal hidup di dunia sementara waktu, walaupun susah tidak lama, walaupun senang tidak berlama-lama. Itu pun kalau di Akhirat, kalau susah atau senang berlama-lama, mungkin selama-lama.

Tetapi pejuang-pejuang manusia tak ambil kira, memperjuangkan nasib manusia hanya di dunia semata-mata, itupun jarang yang berjaya.
Di Akhirat tak diambil kira, bahkan pejuang-pejuang itu kebanyakannya menerjunkan orang ke Neraka, sedangkan di dunia, belum tentu kebaikannya. Tetapi di Akhirat membawa orang ke Neraka.
Walaupun pejuang-pejuang itu berniat baik, tetapi mereka itu pejuang-pejuang membawa celaka, membawa orang terjun ke Neraka.

Hakikatnya pejuang-pejuang itu pengkhianat manusia, kerana perjuangan mereka, membawa terjun ke Neraka. Manusia yang berjuang atau manusia yang diperjuangkan, mereka itu tidak faham.

Niatnya baik, jalannya sesat. Niatnya baik, caranya tidak baik. Akhirnya kedua-dua rugi.Yang berjuang dan yang diperjuangkan kedua pihak terjun ke Neraka, Waliyazubillah.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer