Hanya Tuhan Yang Maha Adil


27/10/2005

Wanita minta keadilan Mahkamah Syariah

Oleh HASNURUL MOHAMED

JOHOR BAHRU 25 Okt. - Pengakuan ini agak luar biasa dan mengaibkan, tapi demi keadilan seorang wanita yang melahirkan anak luar nikah tidak peduli itu semua.

Wanita berusia 25 tahun itu tertekan dan kesal apabila pihak berkuasa syariah hanya mengambil tindakan ke atas dirinya seorang sahaja kerana melahirkan anak itu yang kini berusia setahun sebulan.

Zuraidah memberitahu, dia dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk dihadapkan atas kesalahan menjalin hubungan luar nikah.

``Saya bersedia naik mahkamah dan berhadapan dengan apa jua tindakan yang mungkin diambil ke atas diri saya, tetapi bagaimana pula halnya dengan lelaki itu.

``Apa yang saya minta, biarlah pihak berkuasa adil dalam melaksanakan undang-undang. Jangan hukum saya seorang sahaja kerana saya seorang wanita, tetapi carilah dan hukumlah juga lelaki itu,`` katanya.

ULASAN


Allah SWT berfirman :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu meletakkan amanah kepada mereka yang sepatutnya. Dan bila kamu menghukum di kalangan manusia, menghukumlah dengan adil.(An Nisa : 58)

Berlaku adillah kamu. Sesungguhnya ia lebih hampir untuk mencapai taqwa. (Al Maidah : 8)


Demikian betapa jelasnya Islam memerintahkan manusia supaya berlaku adil. Keadilan adalah satu sifat terpuji yang sangat dituntut. Sebaliknya zalim iaitu tidak adil adalah sifat jahat yang sangat keji dan dibenci.

Oleh itu setiap orang dari kalangan umat Islam mestilah bersungguh-sungguh bermujahadah untuk mendapatkan sifat adil ini. Supaya walau di mana pun kita berada atau bekerja kita dapat bertindak dengan adil.

Namun di dalam masyarakat hari ini, erti zalim dan adil itu sudah diterbalikkan. Kesakitan yang sedang terasa oleh banyak pihak sekarang ini adalah bentuk-bentuk neraka dunia yang mereka ciptakan sendiri. Yang mereka tidak sanggup menanggungnya apalagi terhadap neraka di akhirat.

Rujukan kita yang tepat kepada masalah ini ialah Allah dan Rasul.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer