Hadiah Tuhan Bagi Yang Bertaqwa(3)

Submitted by admin on Sun, 2006-12-31 11:57

Kuliah Perjuangan


10/07/2006

KETENTUAN & QADAR DARI TUHAN
Bagian akhir ayat,maksudnya
(Dari Kuliah sulitnya mendapatkan Taqwa):
" Tuhan janji dengan dirinya setiap apa yang Tuhan jadikan ada sukatan/ketentuannya."

Rupanya Tuhan ini walaupun dia Tuhan, bebas buat apa saja, kuasanya mutlak, patutnya buatlah apa saja sesuka hatiNya. Macam raja dunia, kalau dia rasa kuat dia buat sesuka hatilah.dia tak sukat dah. Nak buat baik tak sukat, nak buat jahat tak sukat.

Tapi Tuhan dah janji pada diriNya, mendisiplinknn diriNya. Untuk ajar perkara disiplin pada hamba-hambaNya. Polisi ,peraturan yang Dia buat, terutama untuk manusia yang dibuat sejak azali lagi, Tuhan tak tukar ganti. Kan hebat Tuhan boleh tukar ganti. Tapi Dia tak ganti. Tak macam kerajaan dunia, dasar-dasar yang dibuat, bila rasa rugi, diubah. Tuhan tak. Tuhan buat disiplin untuk diriNya bila dia buat 1 dasar yang dibuat sejak azali lagi, tak Dia ubah. Tak ubah sunattullah. Bila Tuhan dah buat 1 sunnah atau pemturan,macammanapun Tuhan tak kan ubah. Jadi, dengan sunatullah ini lah kita kena paham.kita mesti berjalan diatas sunnah Tuhan. KaIau kita tak paham, Tuhan buat sunnah, tapi kita tak ikut, beratlah. Pada kita, sunnah Tuhan itu perintah agar kita berjalan di atas sunnahnya. Bila kita berjalan di atas sunnahnya, kita selamat, insyaAllah.

Kalau kita melanggar sunnah Tuhan, di dunia lagi rusak bukan saja di akhirat Di dunia lagi susah sebelum disiksa di akhirat.

Sekali lagi, Tuhan menjadikan setiap satu itu samada dasar taqwa, quwah, samada taqwa itu individu atau jemaah, begitu juga orang tak ikut perintah Tuhan samada kafir atau Islam, Tuhan jadikan ada kadar. Padahal Tuhan suka-suka nak bagi. Kadar itu dah ditentukan sejak azali lagi. Tuhan dah disiplinkan dirinya itu yang merupakan sunatullah tak kan berubah.

Ada 3 ayat dalam quran bahawa sunnah Tuhan tak akan berubah {Maksudnya: Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43) } padahal kalaul Tuhan kata begian-begian, tapi ubah janji, siapa yang marah Tuhan? Dia Tuhan. Tapi itulah Tuhan, diantara kesempurnaannya. MahaSuci Tuhan dia tak akan ingkar dari tunai janji. Inilah yang termasuk dlm `Maha Suci Tuhan.` Kalau kita tak tunai janji, ada orang rugi, orang marah. Tapi Tuhan tak. Kalau sejak azali begitu, tetap begitu. Tak ada kejap begini, kejap begitu.

Jadi katalah Tuhan dah tentukan kadarnya sehari 10RM macam mana tambah tenaga pun setiap hari 10RM takkan lebih. Tuhan tak kan ubah. Itulah maksudnya Tuhan terhadap sunnahnya tak berubah. Ini yang besarnya. Yang kita tak tahu tak apa, Tuhan saja yang tahu.

Sekian.

Add new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Filtered HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type='1 A I'> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id='jump-*'> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.

PingBack