warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Masalah Yang Sebenar







Masalah Yang Sebenar




Masalah Yang Sebenar

 

Mengapalah engkau berat sebelah?

Kalau hendak membaca masyarakat kemudian memberi pendapat,

hendaklah engkau faham masalah

Janganlah engkau sempitkan fikiran engkau dan memandang dengan mata sahaja

Jika hendak memperkatakan masyarakat biarlah setelah disiasat, dilihat, dikaji,

diteliti, dibahaskan barulah selepas itu ada natijah

Engkau tuduh miskin adalah masalah, musuh umat penyakit masyarakat

Itu kalau si miskin yang tidak takut Allah, dia akan meminta-minta, menipu, mencuri, berhutang dan menyusahkan orang dan masyarakat

Orang miskin yang beriman orang pun tidak tahu dia miskin

Dia tidak meminta-minta, tidak menyusahkan orang, tidak menipu, bahkan sabar dengan kemiskinan,  bahagia dan tenang

Sebenarnya saudara! setiap golongan ada masalah kalau mereka tidak takut Allah

Bahkan orang yang kaya, berkuasa, pandai, kalau tidak takutkan Allah lagi bnk masalah

Masalah mereka lebih kronik lagi daripada masalah orang miskin yang tidak tabah

Mereka itu masalahnya sombong, megah, menzalim, bakhil, tamak, rasuah, hutang lebih banyak daripada hartanya

Tidak cukup apa yang ada, kaut pula harta rakyat

Pemurahnya tidak ada, fakir miskin dibiarkan, itu bukan masalah

Itu adalah masalah yang lebih daripada masalah

Masalah masyarakat bukan keadaannya

Masalah itu apabila setiap orang tidak takut Allah

Kalau tidak takut Allah, semua golongan berani membuat salah

Bukan fakir miskin sahaja masalah, semua golongan akan jadi masalah kepada negara, agama  dan umat

Apabila takutkan Allah golongan mana pun tidak akan menimbulkan masalah

Jika tidak takutkan Allah, orang kaya, yang pandai, yang  berkuasa, lagi banyak menimbulkan masalah

Kawan kalau hendak menilai masyarakat, biarlah adil dan faham masalah

Kalau hendak menghukum biarlah setelah teliti, ada ilmu, setelah dikaji semua golongan berdasarkan agama barulah membuat keputusan

Ini sikit-sikit miskin yang menimbulkan masalah, miskin penyakit masyarakat

Jangan saudara menyebut masalah orang kerana hendak menyorokkan masalah kerana saudara orang kaya payah hendak bersedekah

Penyakit masyarakat dilahirkan oleh semua golongan kalau tidak takutkan Allah

Saudara kenalah faham masalah kalau mahu memperkatakan masalah

 

8.3.2004 4

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer