warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jemaah




Jemaah




Makna biasa bagi ‘jemaah’ menurut bahasa

Jemaah menurut makna biasa atau menurut arti bahasa ialah satu kelompok manusia yang berada di sebuah bangunan atau satu kelompok manusia yang menduduki satu tempat atau berada dalam satu partai. Satu rombongan manusia yang berkumpul sedang menuju ke satu tempat, itu pun disebut jemaah juga. Walaupun matlamatnya tidak jelas tetapi dianggap sebagai jemaah juga. Ada orang sebut jemaah masjid dan jemaah surau. Jemaah haji pun disebut jemaah juga.

Makna jemaah menurut istilah

Jemaah menurut istilah atau menurut pengertian yang kedua ialah satu kumpulan atau satu kelompok manusia yang berada dalam satu jemaah yang:

  1. Mempunyai satu cita-cita. Cita-cita itu mungkin cita-cita ekonomi, cita-cita bangsa, cita-cita negara, cita-cita pendidikan atau lain-lain.
  2. Menuju kepada satu tujuan. Mungkin tujuannya kemenangan dan lain-lain lagi.
  3. Dipimpin oleh seorang pemimpin.

Itulah makna jemaah secara umum mengikut pengertian yang kedua, baik jemaah yang hak maupun batil, jemaah Islam atau bukan jemaah Islam.

Apa itu jemaah Islam?

Di dalam Al Quran jemaah disebut parti Allah – hizbullah. Menurut pengertian yang tepat, partai Allah adalah satu kelompok atau satu kumpulan manusia yang terdiri dari bermacam-macam suku dan bermacam-macam bangsa, juga bermacam-macam latar belakang, berada dalam satu jemaah yang:

  1. Mempunyai cita-cita Islam.
  2. Berjuang ke satu arah tujuan iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
  3. Berada di bawah satu kepimpinan atau di bawah seorang pemimpin baik pemimpin itu ditunjuk oleh Tuhan ataupun tidak.
  4. Mendapat ilmu dari sumber yang satu yaitu dari pemimpin di dalam jemaah itu. Ilmunya pula mencakup berbagai aspek ilmu untuk mendirikan bermacam-macam sistem dalam jemaah dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Istilah serupa dengan jemaah : toifah adalah suatu jemaah yang skalanya kecil. Daulah, jemaah yang berwujud negara, ummah, suatu jemaah yang sudah mendunia.

Tautan:



=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer