Menutup Aib Sendiri Dan Aib Orang Lain

"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.”

“Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat.”

“Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.”

(Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)

“Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan.”

Post new comment

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer