Li'an

PENGERTIAN LI‘AN

Li‘an terjadi apabila terjadinya qazaf yaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menolah anak yang dikandung oleh isterinya sebagai anak.

Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya saja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.

Jika isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah istri bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

“Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.”
(Surah An-Nur, 24:6-9)

- http://www.kawansejati.org/alquran-digital/s024a006.htm
- http://www.kawansejati.org/alquran-digital/s024a007.htm
- http://www.kawansejati.org/alquran-digital/s024a008.htm
- http://www.kawansejati.org/alquran-digital/s024a009.htm

Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

“Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya.
(Riwayat Daruqutni)

Post new comment

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer