Lapisan-lapisan Ilmu Al Quran

 

 

Bulan Ramadan, bulan yang mana diturunkan padanya Al Quran untuk jadi petunjuk kepada manusia dan untuk menunjukkan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebenaran. Dan untuk membuktikan bahawa Al Quran adalah pemisah antara yang haq dengan yang batil.

 

Pada bulan Ramadan Al Quran diturunkan, inilah ibu ilmu, ilmu yang tidak pernah disentuh lagi oleh manusia, belum ada manusia campurtangan sebelum mahupun sesudahnya. Al Quran adalah sesuatu yang 'pure' dari Tuhan untuk manusia. Tuhan tidak katakan untuk orang beriman, sebab sewaktu AlQuran mula2 diturunkan mana ada orang beriman. Bila kita berpuasa mengikut sistem Tuhan, ia bukan sekadar tidak makan atau minum, sebenarnya nafsu yang berpuasa. Fikiran, jiwa dan perasaan turut berpuasa. Dengan ini maka mudahlah kita menerima ilmu, mudah faham..Jika kita membaca AlQuran di bulan mulia ini, dengan jiwa yang bersih, nafsu, akal yang bersih kita akan jadi mudah meghazam ilmu Al Quran itu. Itulah hikmahnya digandingkan membaca Al Quran dengan berpuasa. Jika kita berpuasa dengan sistem yang dikehendaki Tuhan, kemudian kita belajar Al Quran, bersembahyang ertinya kita masuk belajar di universiti Tuhan yang ilmuNya sangat banyak. Konsep Ramadan sekarang sudah menyalahi, bila datang Ramadan ingat hendak makan sedap, ilmu2 wahyu yang dibaca menjadi susah dijiwai.

 

 Ilmu2 Tuhan itu dikatakan di dalam Al Quran jika ditulis dengan dakwat sebanyak air laut di dunia pun tidak akan cukup, walau didatangkan berlautan-lautan lagi dakwat.


Berapa banyak ilmu Al Quran yang kita sudah dapat? Kalau sedikit dari seribu itu sudah banyak tetapi kalau hanya sedikit dari berbillion itu sangatlah sedikit.


Jika ilmu2 AlQuran itu umpama barang berjisim tidak mampu kita memikulnya. Ilmu2 alQuran ini boleh dibahagikan berlapis-lapis secara tamsilan.

 

1. ILMU  KULIT

Apakah ilmu kulit Al Quran? Saya pasti anda semua pun tidak tahu semua ilmu kulitnya.

Contoh ilmu kulit Al Quran..

-         bagaimana ayat itu diturunkan?

-         wahyu yang dalam bentuk bagaimana di bawa oleh malaikat?

-         Di mana diturunkan, Mekah atau Madinah?

-         Apa maksud ayat Mekah. Apa maksud ayat Madinah?

-         Diturunkan ketika dalam perjalanan, atau ketika bermukim?

-         Turun waktu malam atau siang

-         Diturunkan sewaktu musim sejuk, musim panas

-         Adakala sewaktu berkenderaan, adakala  bersama isteri dan sebagainya.

Jika menguasai ilmu sekadar ilmu kulit Al Quran pun sudah hebat! Tetapi apa yang kita tahu mengenai Al Quran? Kulit pun kita perlu juga, tetapi faedah isinya jauh lebih hebat dan agung..

 

2. ILMU KULIT NIPIS

Umpama ubi kayu [tapiocca], jika tadi kulit luarnya yang tidak boleh dimakan, ada lagi kulit dalam yang nipis.

-         Al Quran itu menjadi petunjuk bagi manusia

-         Ada hujah akal seperti hujah ilmu sains membuktikan kebenaran Al Quran [seperti pembentukan embrio, pembentukan awan, pendebungaan, ilmu mengenai sistem saraf manusia, anatomi kulit manusia secara am, geologi dan berbagai ilmu sains lainnya

-         Ada ilmu2 yang mempunyai dan menyentuh kekuatan mental, perasaan dan fizikal manusia

-         Ada ilmu2 yang sangat berguna bagi orang yang punya kekuatan perasaan [roh] yang tinggi

-         Ilmu alam ghaib seperti Arasy, Kursi, Sirotal Mustaqim dsb. Akal manusia tidak mampu menjangkau ilmu2 ghaib ini walau memerah otak sebanyak manapun, termasuk ilmu mengenai malaikat dan jin

-         Ilmu-ilmu lahir, ilmu kehidupan yang ada hubungkait dengan manusia, watak manusia, ilmu psikologi, watak bangsa, masyarakat, politik, kepemimpinan, kebudayaan, pendidikan, sejarah, ilmu padang pasir, sungai, perjuangan, bagaimana membangunkan jemaah, kesatuan  dsb

 

3. ILMU ISI

Ini hanya untuk manusia luar biasa yang mampu mendapatkannya

Orang yang mendapat ilmu ini akan dapat menjawab contoh soalan2 seperti begini..

-         Cuba anda ceritakan mengenai masyarakat manusia di dalam Al Quran

-         Cuba kaitkan sejarah di dalam AlQuran dan hubungkaitkan dengan sejarah yang akan datang..Orang yang mampu menjawab soalan ini dapat menceritakannnya dengan jelas satu persatu [kalau sekadar cerita-cerita  Nabi Isa AS, Nabi Nuh AS..kanak-kanak pun boleh menceritakannya!]..

-         Cuba ceritakan ilmu ekonomi dirujuk kepada Al Quran dan hadis

-         Cuba ceritakan ilmu jihad dirujuk kepada Al Quran dan hadis

 

Jika ada seorang ustaz yang tahu ilmu2 ini, orang akan memburunya kerana tidak jemu didengar.

 

Ilmu yang ketiga ini, iaitu ilmu isi, bercampur-campur, ada yang tersurat, ada yang tersirat. Yang tersurat mungkin kita mudah faham. Katakan kita membaca satu ayat,  tersurat,  lagi tersirat..jadi sukar pula ayat itu. Kalau yang tersurat pun sukar kita fahami, tilik2lah diri kita yang masih banyak kejahilannya ini.

 

4. ILMU PATI

Ilmu-ilmu yang tersirat disuratkan. Ilmu ini hanya diberikan kepada segelintir manusia sahaja..manusia yang jauh luar biasa. Ilmu-ilmu ini lebih hebat dan lebih dahsyat. Kalau ilmu2 ini dikurniakan kepada seseorang ulama itu, orang pilihan Allah , janganlah kita yang jahil ini mahu memperkecilkan ulama-ulama ini!! Ilmu ini hanya diturunkan pada segelintir orang yang boleh dihitung dengan jari bilangannya.

 

Ada 3 kategori:

1. Ilmu yang berkaitan dengan ilmu fiqh. Yakni yang berkait dengan perkara wajib, sunat, haram, makruh. Jika setinggi mana pun penguasaan bahasa Arab seseorang itu, kalau dia tidak dianugerahkan ilmu ini padanya, dia tidak boleh memutuskan sesuatu hukum lagi.Orang mursyid sebegini akalnya dikuatkan oleh rohnya sebab itu dia mampu berijtihad.

-         Ilmu ini membuatkan dia faham bagaimana mengaitkan ayat dengan ayat, hadis dengan ayat, hendak huraikan ayat dengan hadis dsb. Orang sebegini digelar mujtahid. Dia mampu mengistimbat atau mengeluarkan hukum setelah dihubungkaitkan satu ayat dengan satu ayat, dengan hadis dan sebaliknya. Di sepanjang zaman setelah Rasulullah wafat ada 11 orang semuanya, 7 orang kitab-kitabnya telah musnah semasa Mongol menyerang Baghdad..sebab itu sekarang umat Islam ada 4 mazhab fiqh sahaja. Yang mampu digelar mujtahid ada 11 orang sahaja..yang lain hanya setengah aspek sahaja. Seperti Imam Sayuti hanya mengikut Imam Shafie sebahagian aspek yang lain dia berijtihad sendiri kerana dia memang layak. Tetapi hanya sedikit sahaja yang dia berijtihad sendiri, seolah-olah masih mengikut semua ijtihad Imam Shafie.

-          

-         Imam Nawawi contohnya berijtihad sendiri dengan hukum memakai minyak wangi semasa berpuasa adalah sunat, tidak mengikut ijtihad Imam Shafie yang mengatakan berwangian di bulan puasa makruh..beza antara mereka adalah 700 tahun.   [Inilah yang dikatakan khilaf ulama. Khilaf hanyalah soal kecil, soal ranting (furuq), bukan soal akidah ]

-         Saya yakin mereka semua wali Allah....kekasih Allah, bukan calang-calang orang mampu berijtihad dan dikurniakan ilmu begitu.

 

2. Ilmu hikmah Al Quran terbahagi dua. Ini ilmu yang sangat tersirat. Jika seseorang itu bukan orang-orang Allah - Rijalullah, tidak logik dia dianugerahkan ilmu ini. Ilmu ini tidak menggunakan akal lagi, yang tadi ilmu pati yang pertama ada juga menggunakan akal, akal yang dikuatkan oleh roh.

i)                    Ilmu hikmah pertama. Contohnya ilmu2 yang dikurniakan Tuhan padanya. ayat untuk murah rezeki, ilmu pengubatan, ilmu menolak sihir, ilmu menolak jin, ilmu berjalan di atas air, ilmu menolak bukit, makan sehari kenyang sebulan, ilmu kebal, ilmu terbang di awan dsb. hebat! Inilah ilmu yang dikurniakan kepada wali-wali Allah.Bila ilmu2 ini contohnya ilmu murah rezeki, ilmu perubatan  dsb, diajar kepada murid-murid atau orang awam, jika diambil berkat tok gurunya, dengan berkat tok guru itulah ilmu itu  boleh berkesan..Atas dasar barokah. Tetapi saya tidak pentingkan ilmu2 sebegini di zaman ini, ini bukan zamannya, hendak murah rezeki dsb yang penting mesti  diusahakan secara taqwa, taqwa itulah yang paling utama dan paling berharga di zaman ini.

ii)                   Ilmu hikmah kedua. Ini dikurniakan kepada seorang sheikh atau guru untuk perjuangan di zamannya. Ini diberi kepada ahli-ahli tareqat, ini adalah set ayat-ayat Al Quran yang diberi sebagai wirid atau aurad, khas untuk berjuang di sesuatu zaman, samada perjuangannya bertaraf jemaah, ummah atau negara. Di samping itu Allah mengurniakan ilmu secara ilham atau ilmu ladunni berkait dengan ayat Al Quran kepada seseorang sheikh itu untuk menghadapi pancaroba dan ujian-ujian yang melanda zaman itu kaedah berjuang. Bukan mudah untuk menyalakan kembali Islam di zaman yang gelap gelita ini..perlu ilmu2 sebegini. Mereka yang berjuang tanpa ikut disiplin. semberono sahaja tidak akan nampak keindahan dan kesyumulan Islam pada jemaah tersebut sebab itu perjuangan tidak menang-menang..

 

Itulah serba ringkas. Betapa tinggi dan agungnya Al Quran itu tetapi ilmu apa yang kita dapat dari  Al Quran? Betapa luar biasanya Al Quran tetapi kita ilmu kulit pun kita tak dapat!!

Wabillahi taufiq.

 

Referensi:

  • https://groups.yahoo.com/neo/groups/mencintai-islam/conversations/topics/3297
  • http://heliconiaweblog.com/2014/04/20/lapisan-lapisan-ilmu-al-quran/#more-1154

alquran

alquran hanya menjadi satu satunya petunjuk manusia sampai akhir zaman

Post new comment

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer