Arti Jihad

Kata jihad ini berasal dari bahasa Arab dan sekarang sudah menjadi bahasa internasional. Setiap orang Islam ataupun bukan Islam apa pun kaum dan bangsanya sekarang ini banyak menyebut kata jihad. Orang Cina, Islam, Eropah pun faham menyebut jihad. Begitu juga orang Melayu, Indonesia, Pakistan dan orang Arab sendiri. Kata jihad sudah menjadi bahasa bersama umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia.

Istilah jihad ini berasal dari bahasa Arab. Kalau diterjemahkan ke bahasa Melayu secara `word by word` atau `lafzan bil lafzi` kata jihad ini bermaksud sungguh-sungguh, bukannya berjuang. Kata jihad ini berasal dari perkataan jahada, yajhudu, juhdan atau jihadan.

Jahada artinya dia bersungguh-sungguh.
Ajhadu artinya dia sedang atau akan bersungguh-sungguh.
Jihadan artinya kesungguhan. Juhdan - kesungguhan.
Jihad ertinya bersungguh-sungguh.

Jadi pengertian jihad mengikut istilah ialah bersungguh-sungguh mengeluarkan tenaga yang ada dalam diri seseorang itu baik tenaga lahirnya mahupun batinnya, tenaga akal, tenaga jiwa, tenaga fiziknya, digunakan untuk menegakkan sesuatu yang akan diperjuangkan dan bergantung dengan niat masing-masing. Orang sosialis sudah tentu akan menggunakan tenaganya untuk menegakkan fahaman sosialis. Orang komunis untuk fahaman komunisnya. Orang kapitalis untuk faham kapitalisnya. Orang nasionalis dengan faham kebangsaannya. Dan bagi orang Islam yang memiliki cita-cita Islam, dengan tenaga yang ada, dia perah tenaga lahir dan batin digunakannya untuk menegakkan Islam atau untuk menegakkan kalimah Allah.

Jihad ertinya bersungguh-sungguh iaitu bersungguh-sungguh memerah tenaga yang ada pada diri kita ini baik tenaga lahir mahupun batin untuk menegakkan apa yang kita cita-citakan. Kalau kita sebagai orang Islam yang ada cita-cita Islam tentulah hendak menegakkan Islam. Orang lain tentulah ada niat-niatnya tersendiri pula.

Jadi erti Jihad itu sendiri pada asalnya bersungguh-sungguh. Oleh karena orang bersungguh-sungguh ini adalah orang yang berjuang, yang sibuk ke hulu ke hilir, tidak peduli siang ataupun malam, sibuknya lebih sibuk daripada orang lain, maka sebab itu ianya diterjemahkan yang asalnya "bersungguh-sungguh" kepada "perjuangan".

Sebab orang berjuang ini adalah orang yang bersungguh-sungguh menggunakan tenaga yang ada dalam diri. Orang yang tidak berjuang, kurang menggunakan tenaga yang ada dalam dirinya tetapi hanya sekadar saja yang digunakan. Tapi kalau orang yang berjuang, dia akan berhempas pulas, dia perah betul-betul tenaga yang ada dalam dirinya, baik tenaga fizik, tenaga otak, tenaga jiwanya untuk digunakan menegakkan cita-citanya. Jadi orang berjuang saja yang bersungguh-sungguh. Sebab itulah bersungguh- sungguh itu diertikan seperti mana yang kita faham "Perjuangan" dalam bahasa Arab `Jihad.

Makasih nie udah ngebahas

Makasih nie udah ngebahas soal jihah, seblumna ane blum ngerti makna jihad, Thx.

Post new comment

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer