warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bila Nafsu Menguasai Diri







Bila Nafsu Menguasai Diri




Bila Nafsu Menguasai Diri

 

Apabila hati seseorang sudah rosak

Rasa bertuhan tidak ada, takut dan cintakan-Nya apatah lagi, jauh sekali

Di waktu itu nafsulah yang menguasai diri

Nafsulah yang menyuruh dan mengarah, dialah yang menjadi raja mengganti hati

Nafsu menjadi raja diri mengganti hati dia menggugat kebahagiaan diri

Lupa Tuhan, lupa kuasa-Nya, lupa peranan-Nya, rasa diri ada kuasa

Bagaimana dia menyeksa diri?

Apabila ditimpa kesusahan jiwanya derita, terseksa sabarnya tiada

Kelebihan orang lain dia hasad dengki, sakit hati

Cuba merosakkan orang itu, kalau tidak berjaya hatinya bertambah derita

Lebih-lebih lagi orang itu bertambah berjaya, aduh hatinya bertambah luka, kecewa

Orang yang sudah dikuda oleh nafsu ini, suka marah-marah aja,

marah-marah mana bahagia

Mudah tersinggung, pantang ditegur, melenting, suami isteri sering bergaduh

Fikiran berserabut ketenangan jiwa tidak ada

Kalau dapat sedikit kesenangan terlonjak-lonjak, hati berbunga

Melihat kesenangan orang hati sedih, terasa diri malang

Angan-angannya panjang, hati bertambah tidak tenang

Akhirnya disiplin hidup tidak ada

Kehidupannya tidak terurus

Kadang-kadang makan, minum, pakaian tidak teratur

Rumah tidak terurus macam orang sakit jiwa

Rupa-rupanya orang yang tidak takut Tuhan dan tidak rasa bertuhan tidak ada bahagia

Jiwanya tidak tenang, fikirannya berserabut, kusut, fikirannya bercelaru

Neraka sebelum Neraka, apalah indahnya hidup begini?!

 

28.2.2004 4

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer