5 Musuh Mukmin(2)

Submitted by admin on Sun, 2006-12-31 11:56

Kuliah Perjuangan


20/05/2006

Yang ke-2 , musuh nafsu kita. Ini susah. Kalau orang luar jadi musuh terasa. Tapi kalau nafsu kita, sebagian diri kita, tak terasa. Kadang-kadang kita terasa dia penasehat, tak terasa musuh. Terasa dia buat baik, nak buat ini, itu. Sedang Tuhan kata sesungguhnya nafsu tu sangat mengajak kepda kejahatan. Kita tak perasan.

Sebab itu ilmu kena ada, ilmu yang halus, seni. Kalau tak, tak perasan nafsu memusuhi kita. Dia sangat tersirat. Sifat nafsu tu tamak bakhil, ego, pantang dicabar, tak mau terima nasehat, tak tahan susah. Bukan senang nak kendalikan nafsu. Sedangkan ia sangat mengajak buat jahat. Kita tak perasan, padahal dia sedang ajak kita buat jahat. Kita rasa dia ajak kita buat baik.

Sebab itu ilmu kena halus, faham yang tersirat. Kita kena pandai kesan. Nak mengesan kejahatan nafsu susah sebab ia sebahgian dari diri kita. Kalau tak disuluh dengan ilmu yang halus tak nampak kejahatannya, tak nampak durhaka dengan Tuhan, supaya kita dapat tundukkan sesuai dengan kehendak Tuhan. Kalau boleh begitu barulah kita selamat dari tipuan hawa nafsu. Kalau tak kita sangka dia penasehat kita

Yang ke 3 syaitan yang nak merusakkan kita. Sedangkan syaitan tak boleh pengaruhi orang kalau tak ada high way nya atau jalan. Itu lah nafsu. Kalau nafsu tak terkawal, tak terdidik, rakus, tamak, bakhil, pemarah, ego, itulah jalan syaitan. syaitan nak masuk orang dia perlu jalan. Kalau kita tak jaga nafsu kita, ia jadi jalan pada syaitan. Nafsu lebih jahat dari syaitan.

Kalau nafsu terdidik, jalan syaitan tak ada. Ia tak boleh pengaruhi manusia. Syaitan macam jin, dia boleh masuk ke dalam manusia. Maka ia boleh kotak katikkan kita. Kalau tak ada jalan, syeitan usaha juga, ia berbisik dari luar. Boleh dialog dengan hati dan akal kita. Kalau dah masuk habis. diperkotak katikkan kita, sebab dia dah menempuh jalan. Sedang setan nak sesatkan kita, banyak jalannya, diantaranya
1. diragukan kita tentang adanya Tuhan, lebih-lebih lagi kalau kita akal kuat, tak pernah mengaji agama. Dia datang bisik, Tuhan tak ada. yang ada ni yang kita boleh nampak. Tuhan tak nampak, tak adalah. Dia ragukan kita supaya kita jadi kafir. Kita tak terasa sebab kita dah Islam dan dah terdidik. Tapi bagi orang yang tak kenal Tuhan? itu besar.

Jangan kita lawan. Kalau kita lawan. Akal kita kata Takkan Tuhan tak ada. Jangan lawan syaitan, kita tak mampu. Profesor-profesor semua murid dia. Macam mana nak lawan. Kalau kita lawan, dia akan betulkan kita, dia setuju Tuhan ada. Maka ia coba gambarkan Tuhan pula, Tuhan tu begian-begian. Akhirnya jadilah orang-orang yang merupa-rupakan Tuhan. Lahirlah agama ciptaan syaitan.

Kalau orang tu lawan lagi. Tuhan ada tapi tak boleh digambarkan, di rupa-rupakan. Apa kata syaitan? saya setuju. Jahat betul syaitan. Dah betumbuk kita dengan syaitann, bila dia kalah dia setuju dan cari jalan lain untuk sesatkan kita. Kemudian dia ragukan tentang janji Tuhan. Tuhan itu ada, betul tak boleh digambarkan. Maka dia ragukan kita dengan berkata, kalau ikut Tuhan susah makan, jadi orang beriman bertaqwa, makin susah.

Kita lawan lagi, dia setuju pula. Awak betul. Awak cerdik. payah cari orang macam awak ini. Dia bawa cerita lain. Dia tak kacau dengan akidah. Dia ragukan dengan syariat. Dia meniti di atas Quran. Tuhan tu Maha Pengampun, Maha Penyayang, Dia yang ciptakan kita. Takkan Dia nak azab kita, susahkan kita. Dia Maha baik. Tak payah buat perintah itu sekarang, nanti dah tua buatlah. Yang penting kalau mati ikut perintah Tuhan selamat.

Kalau orang itu mengaji, dia akan jawab. Awak kata dah tua baru beramal, kalau saya mati muda? Syaitan kata, cerdik engkau ya. Kalau awak dah yakin, kena beramal, beribadah. Buat-buat, saya suka. Diriakkan kita pula. Kita buat dengan rasa megah, ria. Tak takut dengan Tuhan. Halusnya tipuan setan.
Kita belajar lebih halus lagi, kita tak riak dalam beribadah. Tapi mulut tak pandai jaga, mulut mengumpat, dosa besar. Sebanyak mana dia beribadah sebanyak itu dia mengumpat orang.

Begitulah seterusnya. Kalau syaitan tak dapat ganggu kita di masa hidup, dia goyangkan kita di masa nak mati. Kalau kita tak kuat minta bantuan Tuhan, tak mampu kita lawan. Waktu tu kita serah pada Alah.

Musuh yang ke 4 orang munafik. Definisi Munafik adalah melahirkan Islam tapi menyembunyikan kekufuran. Itu yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Cara ini kalau berlaku di akhir zaman sikit. Yang terjadi munafik bentuk lain. Di zaman Rasulullah SAW orang munafik dia lahirkan suasana Islam,dia sembunyikan kekufuran. Rasulullah SAW tahu, walau sahabat tak tahu.

Orang munafik itu tahu yang dia munafik, dia tak Islam. Konon masuk Islam tu nak tipu. Munafik sekarang lagi bahaya. Dia keturunan Islam, sembahyang, puasa, naik haji, tapi ada benda dia ragu. Ini lagi bahaya. Dia sebenarnya dah kafir, tapi orang Islam anggap dia Islam, kadang-kadang jadi imam, jadi bilal, pemegang agama dan dia sendiri yakin dia Islam, tapi sebenarnya ada benda yang dia ragu. Munafik macam ni paling banyak. Islam akhir zmaan ni dikuasai oleh orang-orang munafik. Yang memperjuangkan agama dah jadi munafik.

Susah kita nak hadapi mereka. Dulu tidak susah, senang kita hadapi, sebab dia bukan Islam. Munafik sekarang dia adalah tokoh Islam. Susah. Katalah kita tahu, kalau tak bijaksana hadapi mereka, kita bukan hanya akan berhadapan dengan golongan dia saja, orang Islam biasa tak boleh terima kita. Sebab mereka pegang agama, pegang masyarakat, lebih-lebih kalau meraka ada kuasa. Lagi susah. Orang Islam tak perasan, yang punya diri tak perasan mereka itu munafik.Kena berhati hati nak hadapi golongan ini. Bagaimana nak hadapi mereka, saya campurkan dengan golongan yang akhir yaitu orang kafir.

Yang ke-5 orang kafir samada kristian, yahudi ,budha dan hindu. Mereka ni dah cerdik-cerdik, dah pandai-pandai. ini zaman moden. Mereka tidak akan perangi orang Islam dengan senjata kecuali umat Islam tu tersilap. Kalau umat Islam kasar, mereka ada peluang nak perangi. Kalau kita sanggah mereka orang ramai akan sanggah kita. kalau kita perangi mereka ada peluang mereka perangi kita. inilah yang dibuat pejuang-pejuang singkat akal, bodoh. akhirnya mereka ada kesempatan. Kalau tak kasar susah mereka nak perangi.

Bagaimana kita nak hadapi golongan munafik dan kafir ni? Caranya seperti huraian lalu dalam tafsir ayat, bila datang kebenaran, kebatilan tu akan lenyap. Kita berjuang melahirkan sistem. Bila lahir sistem nampak cantik. Ia sudah boleh mempengaruhi orang ramai. Bila kita dapat lahirkan sistem, maka ada bandingan. Semua ini perlu ada ilmu. Kalau tak, kita akan tersasar. Sikap kita akan membuatkan kita kecundang. Yang penting kita lahirkan alternatif, sebab sistem Tuhan itu kalau dilahirkan betul-betul, orang tak Islam-pun akan rasa seronok, rasa indah, bahagia sebab fitrah manusia sama. Sekalipun bukan Islam, manusia suka kasih sayang, suka kebahagian. Kalau kita faham dan lahirkan sistem ini, maka orang lafir pun akan ikut. Itulah pentingnya ilmu, kalaupun ada ujian jangka panjang selamat.

Sekian.

Add new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Filtered HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type='1 A I'> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id='jump-*'> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.

PingBack