5 Musuh Mukmin(1)

Submitted by admin on Sun, 2006-12-31 11:56

Kuliah Perjuangan


19/05/2006

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ilmu adalah penting bagi kita. Tak ada ilmu, walaupun cita-cita kita baik, cita-cita tu tak dapat kita perjuangkan. Ilmu menyuluh hidup dan perjuangan kita, samada menjadi panduan untuk baiki diri atau perjuangan kita atau ilmu itu kita jadikan panduan bila ada masalah. Kadang-kadang kita tak cukup ilmu, bila ada masalah kita tak mampu untuk selesaikan masalah.

Kita terbaca Hadis, Hendaklah kamu menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Kita berfikir dari budak hingga di zaman muda munasabahlah. Sedang Rasulullah SAW tak kata begitu. Dah tua pun kena mengaji, dah nak matipun kena mengaji.

Dah tua mengaji, macam tak munasabah. terutama ketika ada masalah. Kalau tak ada ilmu tak boleh selesai masalah sebab ilmu penyuluh untuk selesaikan masalah.

Umat Islam tak betul mengaji. Ia tak dibuat macam makan nasi. Ada kita fikir, makan nasi tak apa, tak makan tak apa? Atau makan nasi seminggu sekali? Ilmu tu macam makan nasilah. Kalau tak makan nasi laparnya terasa, lapar ilmu tak terasa, sebab itu orang bermalas-malasan mengaji. Makan tak. 3-4 jam tak makan terasa lapar, merangsang nak makan. Kalau tak mengaji berlakulah lapar ilmu itu,

Hadis,
Terjemahannya : Orang mukmin itu berhadapan dengan 5 jenis kesusahan.
1.Yang pertama hasad dengki orang mukmin.
2. Nafsu yang ada dalam diri yang nak selewengkan dari Tuhan.
3. Syaitan yang nak menyesatkan kita.
4. Orang munafik yang benci dengan kita.
5. Musuh, orang kafir yang sentiasa cari peluang untuk memerangi kita

Begitulah seorang mukmin tak lepas dari 5 perkara yang menyusahkan dia. Hendak tak hendak, tetap berhadapan. Bertindak atau tak bertindak kita berhadapan dengan 5 perkara tadi. Kalau tak ada ilmu, tak faham, kita akan kecundang, kita akan kalah.

1. Bagaimana nak hadapi hasad dengki orang mukmin.
Kita tak dapat lepas dari hasad dengki orang mukmin. Orang yang tak senang dengan kejayaan, dengan kemampuan kita. Kita tak boleh hadapi dengan sembrono, ia akan menimbulkan perpecahan lebih besar.
Ada 4 langkah nak hadapi orang hasad dengki
1. Kejahatan dia kita balas dengan kejahatan
2. Tak buat apa-apa , buat tak tahu
3. Jahat dibalas dengan baik
4. Doakan

Yang satu tak boleh , ia berdosa. Walaupun ia menyusahkan kita, kita tak boleh menyusahkan dia. Seolahnya kita tak sanggup serah pada Tuhan untuk selesaikan.
Yang ke-2, ini lebih baik, serah dengan Tuhan .Buat baik tidak buat jahat tidak.
Yang ke-3. ini terbaik .Jahat dibalas dengan baik. Orang soleh dulu, sahabat, tabiin, tabiut tabiin, orang yang buat jahat pada dia, dia bagi hadiah, dia bagi duit, bagi bantuan.
Yang ke-4. Nak membalas dengan kebaikan susah, doakan . Doa tak keluar duit, tak guna harta, senang sikit, walaupun tak senang juga, hati sakit.Yang senang jahat dibalas jahat. Disinilah hebatnya Rasulullah SAW, pada orang jahat yang kafir, Rasulullah SAW buat baik, Rasulullah SAW doakan. Luar biasa Rasulullah SAW.

Add new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Filtered HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type='1 A I'> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id='jump-*'> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.

PingBack