warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0318 Lampiran 2





0318 Lampiran 2



Berikut adalah salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab
Al-Mahdiyul Muntazar, karangan ulama hadis terkemuka zaman
ini, iaitu Syeikh Abdullah bin Sadek, Ph.D. (1914 - 1993).
Beliau berasal daripada Maghribi dan berusaha gigih mengumpul dan
menerangkan kesahihan hadis-hadis mengenai Imam Mahdi.

 Buku beliau ini asalnya ditulis dalam bahasa Arab, tidak sempat dicetak kerana beliau meninggal dunia semasa peringkat akhir menyiapkannya. Kitab tulisan tangan beliau itu kemudian diterjemahkan oleh salah seorang anak muridnya, Syeikh Ahmad Darwish ke dalam bahasa Inggeris, dan disiarkan di internet, selain dicetak (pada tahun 1985) untuk jualan di United Kingdom dan di Amerika Syarikat dengan tajuk Al-Mahdi, Jesus dan The Anti Christ. Teks penuh terjemahan kitab tersebut berserta ulasan dan tambahan-tambahan lain dapat dicapai di internet di alamat http://www.mosque.com/mahdi.html

Menurut Syeikh Abdullah bin Sadek, hadis-hadis yang dimuatkan di dalam bukunya ini adalah hadis-hadis yang telah mencapai taraf sahih dan kesahihannya diperakukan oleh para Huffaz. Hasilnya, sehingga ke hari ini, bilangan cendekiawan yang menentang kemunculan Imam Mahdi atau menafikan hadis-hadis semakin berkurangan kerana mereka sudah kehilangan bukti dan tumpul pula hujah-hujah yang kukuh.

Bentuk asal, susunan, ejaan dan bahasa yang digunakan oleh penterjemah kitab tersebut (Syeikh Ahmad Darwish) sengaja penulis kekalkan untuk menjaga keaslian terjemahan Inggeris berkenaan. Hanya bentuk dan saiz fon sahaja yang diubah, untuk menyesuaikannya dengan saiz buku ini. Penulis sengaja tidak mahu menterjemahkannya lagi ke dalam bahasa Melayu kerana hadis-hadis dan asar-asar berkenaan telah pun diberikan terjemahannya di dalam bahagian-bahagian terdahulu dalam buku ini.


Authentic Sayings of Prophet Muhammad, praise and peace be upon him, concerning Al Mahdi narrated by thirty-three of his Companions and five of their Companions

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer