warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0314 Muqaddimah





0314 Muqaddimah



Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi adalah dari keturunan Al-Abbas RA, bapa saudaraku.”

Sabda Nabi SAW,
“Ingatlah wahai pamanku, bahawa aku membawa khabar gembira buatmu. Sesungguhnya keturunan paman adalah orang-orang yang suci, daripadamu akan lahir Al-Mahdi pada akhir zaman nanti, dengannya Allah akan menebarkan hidayah dan menghancurkan kesesatan. Sesungguhnya Allah memulakan (agama) ini denganku dan akan menutupnya dengan keturunanmu.”

Sabda Nabi SAW,
“Ingatlah, bahawa aku membawa khabar gembira buatmu wahai Abul Fadhal (Al-Abbas RA). Sesungguhnya Allah memulakan agama ini denganku dan akan menutupnya dengan keturunanmu.”

Doa Nabi SAW,
“Ya Allah, tolonglah Al-Abbas dan anak-anak keturunan Al-Abbas (tiga kali). Wahai paman, ketahuilah bahawa Al-Mahdi itu adalah dari keturunanmu, yang menyayangi dan disayangi itu.”

Sabda Nabi SAW,
“Kekhalifahan (umat) ini akan sentiasa berada pada keturunan pamanku, yakni Al-Abbas sehingga mereka menyerahkannya kepada Dajjal.”

Sabda Nabi SAW,
“Wahai Abbas, engkaulah pamanku, saudara kandung bapaku, dan sebaik-baik orang yang menjadi khalifah selepasku, daripada keturunanku. Selepas tahun 135 (Hijrah) nanti, maka kekhalifahan adalah untukmu dan anak-anak (keturunan) kamu, yang antaranya adalah As-Saffah, Al-Mansur dan Al-Mahdi.”

Sabda Nabi SAW,
“Wahai paman, ketahuilah bahawa aku memberitahukanmu bahawa Allah memulakan agama ini denganku dan menutupnya dengan keturunanmu.”

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer