warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0313 Lampiran 1





0313 Lampiran 1



Berikut adalah salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab
Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar, karangan
ulama besar Ahlus Sunnah, Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad
Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki al-Ansari (909H
- 974H). Beliau lahir di Bandar Haitmam, Mesir dan meninggal dunia
di Bandar Dahwan. Kitab karangannya yang terkenal berjumlah 88 buah
yang meliputi pelbagai bidang ilmu, sesuai dengan kedudukannya yang
tinggi sebagai ulama besar.

Kitab ini adalah sebuah kitab yang agak nipis, memandangkan beliau hanya memasukkan hadis, tanpa sebarang huraian yang panjang lebar. Di dalam bahasa Arabnya, kitab ini pernah dicetak sebanyak dua kali, kedua-duanya oleh Darul Kutub al-Misriyah. Cetakan pertama bernombor daftar 2921, setebal 19 muka surat manakala cetakan kedua bernombor daftar 2393, setebal 46 muka surat. Semasa membuat rujukan ini, penulis menggunakan kitab yang dicetak pada kali kedua itu.

Kitab beliau ini dinyatakannya dengan memasukkan hadis-hadis yang terlepas daripada unsur Jahalah (tidak dikenal rawinya) dan Tughah (rawi yang tercela). Selain itu, beliau telah memasukkan isi sebahagian kitab susunan ulama kenamaan yang lain, guna memperkuatkan hujah terhadap hadis-hadisnya. Penulis telah meringkaskan kitab ini dengan hanya memasukkan hadis-hadisnya sahaja, membuang sanad dan rawi-rawinya, kerana memandangkan bahawa sedutan kitab ini adalah untuk bahagian lampiran sahaja.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer