warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0307 6. Penentang-penentang Imam Mahdi





0307 6. Penentang-penentang Imam Mahdi



Sejurus sebelum Imam Mahdi muncul, akan muncul terlebih dahulu
as-Sufyani, yang dikatakan muncul di tengah-tengah Damsyik. Dia
akan menjadi pemerintah di sana dan membina angkatan tentera yang
kuat, ramai dan lengkap. Dia seorang yang pintar bercakap dan
mendapat sokongan daripada rakyatnya dalam setiap apa yang
dilakukan termasuk memerangi Imam Mahdi. As-Sufyani yang
dimaksudkan di sini adalah puak Syiah, yang mendapat kuasa
pemerintahan di negara Iran pada tahun 1979, setelah mereka berjaya
menjatuhkan Shah Iran, raja terakhir dari Dinasti Pahlavi.
Pemimpinnya pada masa itu adalah Imam Ayatollah Ruhollah Khomeini
Seyyed Mosavi.

As-Sufyani akan dibantu oleh bapa saudaranya iaitu Kalb. Dia akan memerangi sesiapa sahaja yang berani menentangnya. Penindasan akan berleluasa di setiap pelosok dunia akibat pemerintahan as-Sufyani itu, dia membunuh sesuka hati, sehingga perempuan mengandung dan kanak-kanak kecil pun turut dibunuh tanpa belas kasihan. Puak Qais bangun cuba menentang as-Sufyani tetapi akhirnya tewas dan dibunuh beramai-ramai oleh Kalb. Puak Qais yang dimaksudkan adalah pasukan Iraq yang pada hari ini dipimpin oleh Saddam Hussein, dari Parti Sosialis Baath.

Satu pasukan tentera as-Sufyani yang besar jumlahnya dihantar ke Kufah dan mereka memerangi penduduk Khurasan, melakukan kerosakan yang amat besar dan membunuh penduduknya dalam jumlah yang amat ramai. Pada ketika itulah munculnya Panji-panji Hitam yang pasukan tenteranya amat kecil tetapi amat kuat dan gagah, dipimpin oleh Syuaib bin Saleh, Bani Tamim, yang bersatu dengan pasukan pimpinan al-Hasyimi.

Pasukan Syuaib ini berjaya menghalang pasukan tentera as-Sufyani daripada terus melakukan kerosakan. Satu pertempuran yang asangat dahsyat berlaku yang mengakibatkan ramai tentera dari kedua-dua pasukan terkorban. Namun, nyata yang ramai terkorban itu adalah dari pasukan as-Sufyani, menyebabkan mereka kalah dengan seteruk-teruknya. Berbetulan dengan masa itulah, seruan-seruan dari langit berulang kali menyebut-nyebutkan nama Imam Mahdi, menyebabkan beliau sudah menjadi sebutan ramai.

As-Sufyani dengan segera menghantar satu lagi pasukan tenteranya dalam jumlah yang besar dari arah Iraq untuk menghapuskan Imam Mahdi. Mereka sampai ke Madinah lalu menghancurkannya, membunuh seramai-ramai penduduknya termasuk perempuan mengandung, orang-orang tua dan kanak-kanak kecil. Akhirnya Madinah hampir-hampir menjadi kota sepi, dengan yang tinggal hanyalah binatang-binatang liar dan runtuhan-runtuhan bangunan.

Seterusnya pasukan as-Sufyani ini meneruskan perjalanannya ke Makkah tetapi dalam perjalanan, di kawasan berhampiran Zul Hulaifah, keseluruhan pasukan ini ditelan bumi. Tiada yang selamat melainkan dua orang yang segera menyampaikan berita kemalangan itu kepada as-Sufyani. Bagaimanapun, berita buruk itu tidak menakutkan as-Sufyani walau sedikit pun.

Akhirnya dalam satu peperangan, Imam Mahdi berjaya menangkap As-Sufyani lalu menyembelihnya di tepi laut. Kemudian Imam Mahdi memerangi Kalb pula, lalu dibunuh, sama seperti yang diperbuat kepada As-Sufyani sebelumnya. Seluruh harta benda mereka berdua ini akan dirampas dan dimasukkan ke dalam Baitulmal. Dengan matinya kedua-dua musuh utama Imam Mahdi ini, seluruh dunia akan menjadi sangat aman, tidak ada lagi peperangan yang melibatkan mana-mana pihak (Islam dan Kristian) melainkan dengan India dan China sahaja lagi. Pada ketika itu, seluruh dunia sudah berjaya ditawan oleh Imam Mahdi dan diperintah secara langsung oleh beliau.

Imam Mahdi juga akan memerangi India sehingga berjaya menawannya dengan mudah sahaja. Selepas itu, seluruh India dan kawasan-kawasan sekitarnya berjaya ditakluk oleh Imam Mahdi. Kemudian Imam Mahdi akan pergi memerangi China dan negara-negara di sekitarnya termasuk Jepun. Seluruh kawasan di rantau berkenaan turut berjaya beliau tawan dan memeluk Islam.

Beliau juga akan menghadapi tentangan daripada Dajjal yang akan muncul semasa Imam Mahdi sedang memerintah dunia. Kemunculan Dajjal itu memang amat menyusahkan, dan tidak ada kesusahan yang lebih berat dari itu sepanjang sejarah peradaban manusia yang lebih berat daripada fitnah Dajjal. Dajjal seterusnya menguasai seluruh dunia dengan dibantu oleh hampir seluruh bangsa Yahudi. Dan sepanjang empat puluh hari itulah mereka benar-benar dapat merasa memerintah seluruh dunia ini, seperti yang sekian lama mereka idam-idamkan.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

reply buat mudd, islam yang

reply buat mudd, islam yang sesungguhnya akan menyeru pada kebenaran. Begitu juga islam thd india, pastinya akan diingatkan terlebih dahulu mengenai keesaan Tuhan dengan cara yang baik. Jika mereka mengingkariNya, maka hukum Allah harus diberlakukan.
KECUALI, terhadap negara/negri yang telah berlaku suatu perjanjian damai antara keduanya.

mengesankan.

apakah hakikat dari para pejuang islam pun akan menyerang india? memang sih hindustan mayoritas agamanya mirip dengan ajaran samiri, lagipula apakah islam tak memperhitungkan kemajuan yang dicapainya saat ini? mereka bisa saja kelak menjadi suatu negara yang "mengancam". setara dengan kemajuan yang dicapai china saat ini. betul ga? hehe... makasih

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer