warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0306 5. Keadaan Sebelum Imam Mahdi Zahir





0306 5. Keadaan Sebelum Imam Mahdi Zahir



Sebelum Imam Mahdi zahir, beberapa perkara besar akan berlaku.
Hal-hal besar ini sudah disebutkan oleh terlalu banyak hadis dan
sebahagian besarnya sudah sedia diketahui oleh kebanyakan
masyarakat Islam di Malaysia dan di Asia Tenggara. Dan di sini
hanyalah ringkasannya sahaja yang akan diberikan, untuk memudahkan
kita mengingat semula apa yang telah sedia diketahui itu.

Sebelum Imam Mahdi zahir, muncul Pemuda Bani Tamim yang mendapat kuasa di sebelah Timur. Kemunculan Pemuda Bani Tamim ini akan menggemparkan seluruh dunia, baik yang Islamnya apatah lagilah yang bukan Islamnya. Kemunculan beliau sebagai pemerintah di Timur akan menyebabkan seluruh dunia menjadi lumpuh dan huru hara. Sistem ekonomi Barat yang didasarkan kepada kapitalis terus lumpuh dan akhirnya mati, menyebabkan seluruh perdagangan yang sebelumnya amat sibuk dan maju, jadi terhenti terus. Namun, suatu keajaiban yang amt besar berlaku di situ. Pada ketika sistem ekonomi kapitalis itu terhenti dan seterusnya mati, sistem ekonomi Islam pula merecup naik dan menggantikan terus sistem kapitalis yang telah rapuh dan runtuh itu. Akhirnya sistem Islam itulah yang menguasai seluruh perdagangan di Timur, kerana seluruh sistem kapitalis tadi sudah tidak dapat dipakai lagi untuk sebarang urusan dan urus niaga.

Sistem politik demokrasi Barat yang juga sedang digunakan sebelum itu akan turut mengalami nasib yang serupa. Akhirnya sistem demokrasi Barat itu terus dibatunisankan dan di celah-celah runtuhan sistem Barat itu, cara politik Islam yang tidak zalim dan sangat adil itu akan naik dan menggantikan terus seluruh sendi-sendi sistem politik Barat yang digunakan. Dengan naiknya beliau, tamatlah kedua-dua sistem warisan daripada penjajah Barat itu dari dunia sebelah Timur ini. Naiklah semula sistem Islam yang sangat adil itu, secara yang benar-benar realiti, menggantikan sistem lama itu, tanpa perlu kepada sebarang teori dan perbincangan di mana-mana forum atau seminar pun.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer