warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0302 1. Keturunan Imam Mahdi





0302 1. Keturunan Imam Mahdi



Beliau adalah salah seorang Ahlulbait yang datang dari keturunan
Rasulullah SAW, seperti yang disebutkan dan diakui oleh baginda SAW
sendiri, iaitu melalui anaknya Sayidatina Siti Fatimah az-Zahra RA,
dengan suaminya Sayidina Ali KMW, melalui anak mereka Sayidina
Husain dan Sayidina Hasan RA. Kemudian dari keturunan kedua-duanya
bercampur lagi dengan keturunan Sayidina Abbas RA, bapa saudara
Rasulullah SAW. Dari salasilah pula, nyatalah lebih berat
keturunannya kepada Sayidina Husain daripada Sayidina Hasan RA.
Oleh itu, lazimlah disebutkan oleh sekalian umat Islam bahawa Imam
Mahdi itu adalah dari anak cucu Sayidina Husain RA sahaja.

Ringkasnya Imam Mahdi adalah seorang yang berketurunan Arab, dari suku Quraisy, dari puak Bani Hasyim, dari pencar Nabi Muhammad SAW, dari anak cucu Sayidina Ali KMW yang dipanggil Alawiyin, dari Bani Husaini. Beliau adalah semulia-mulia dan sebaik-baik Ahlulbait, iaitu yang terdapat pada akhir zaman ini. Kelebihan ini sudah dinyatakan secara terang-terangan oleh baginda SAW sendiri.

Nama Imam Mahdi adalah nama yang sama dengan nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad dan Ahmad. Itulah nama yang dipersetujui oleh seluruh ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, berlawanan dengan Syiah. Maksudnya, nama Imam Mahdi itu adalah kedua-dua nama itu iaitu Muhammad dan Ahmad. Cuma yang lebih dominan dan dikenali ramai di atas muka bumi ini adalah Muhammad, manakala Ahmad itu adalah namanya yang dominan di langit sana. Nama bapanya adalah Abdullah, iaitu serupa dengan nama bapa Rasulullah SAW. Kuniyahnya seperti yang disebutkan oleh hadis adalah Abu Abdillah. Selain itu, beliau juga mempunyai beberapa kuniyah yang lain, yang sesuai dengan kedudukan dan kemuliaan dirinya. Dan sesuai pula dengan tempat lahirnya yang jauh daripada Tanah Arab itu kerana nenek moyangnya merantau berdakwah ke tempat orang.

Beliau adalah seorang tokoh yang amat dikenali oleh seluruh manusia di seluruh dunia, sejak dari zaman Nabi Musa AS lagi, hinggalah ke hari ini. Gelaran beliau sudah pun disebutkan di dalam Kitab Taurat. Nama Imam Mahdi itu sendiri mengundang pelbagai persoalan dan polemik yang sentiasa menggoncangkan agama-agama besar di seluruh dunia, tidak terkecuali agama kita, Islam.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer