warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02238 16. Nabi Isa AS pun Dikira Sebagai Imam Mahdi Juga





02238 16. Nabi Isa AS pun Dikira Sebagai Imam Mahdi Juga



A. Dari Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah bertambah sesuatu urusan agama melainkan kesulitan, tidaklah bertambah urusan keduniaan melainkan akan tertinggal di belakang, tidaklah bertambah pada manusia melainkan kebakhilan dan tidaklah terjadi kiamat melainkan kepada seburuk-buruk manusia. Dan adalah tidak ada Imam Mahdi melainkan Nabi Isa bin Maryam AS.”   (Ibnu Majah)

Yang dimaksudkan dengan tiada Imam Mahdi melainkan Nabi Isa AS adalah bahawa Nabi Isa AS itu adalah Imam Mahdi yang bertaraf rasul Ulul Azmi. Jelaslah bahawa Imam Mahdi itu adalah suatu gelaran bagi penjawat yang bermaksud pemimpin yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT dalam pemerintahannya. Maksud sebenarnya ialah Nabi Isa AS adalah Imam Mahdi yang maksum, yang terpelihara daripada sebarang bentuk dosa dan makruh. Imam Mahdi yang bernama Muhammad bin Abdullah al-Mahdi itu adalah Imam Mahdi juga, tetapi tidak sampai ke taraf maksum, kerana beliau hanyalah seorang wali Allah. Dan wali Allah itu bersifat dengan sifat mahfuz. Hanya rasul sahaja yang bersifat maksum, yang lain-lain itu dikatakan mahfuz.

Di situlah perbezaan antara Imam Mahdinya Muhammad bin Abdullah dengan Imam Mahdinya Nabi Isa AS yang perlu diketahui dan difahami benar-benar oleh sekalian manusia, terutamanya umat Islam di seluruh dunia. Hal ini nampaknya kurang difahami oleh ramai orang, terutamanya yang mengkaji tentang hadis-hadis mengenai Imam Mahdi sedangkan kajian mereka tidak mendalam, hanya membuat rumusan berdasarkan kajian yang singkat dan bahan rujukan yang amat terhad pula. Mereka juga bersikap amat bias dalam kajian tersebut lalu memberikan pandangan mengenai Imam Mahdi berdasarkan bias yang telah sedia ada dalam kotak fikiran mereka.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer