warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02237 15. Nabi Isa AS Dilantik Menggantikan Imam Mahdi





02237 15. Nabi Isa AS Dilantik Menggantikan Imam Mahdi


A. Kata sahabat RA,

“Al-Hasyimi akan menyerahkan kekhalifahan (selepas kematian Imam Mahdi) kepada Isa bin Maryam AS.”

Al-Hasyimi yang dimaksudkan ini bukanlah Al-Hasyimi yang bertemu dengan Pemuda Bani Tamim itu lagi tetapi seorang lain yang menggantikan tempat Al-Hasyimi pertama dahulu, dengan mengekalkan gelaran Al-Hasyimi itu di hujung namanya, sebagai mengambil berkat gelaran Al-Hasyimi pertama dahulu, yang gelaran itu diberikan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RA serta oleh para tabiin dan tabiit tabiin RH.

Pelantikan Nabi Isa AS sebagai pemerintah seluruh umat manusia di seluruh dunia ini dilakukan sejurus selepas Imam Mahdi yang amat disayangi, dikasihi dan dicintai oleh seluruh manusia itu mangkat di atas katil dan sejurus sebelum proses pemakaman dijalankan. Maknanya semasa jenazah Imam Mahdi disembahyangkan oleh seluruh umat Islam, Nabi Isa AS sudah pun dilantik menggantikan tempatnya sebagai Imam bagi sekalian manusia.

Selepas pelantikan itu dibuat oleh Al-Hasyimi, seluruh manusia akan membaiat Nabi Isa AS dan sejurus selepas pembaiatan itu berjalan, Nabi Isa AS memimpin seluruh manusia menunaikan sembahyang jenazah kepada Imam Mahdi dan seterusnya memakamkan jenazah Imam Mahdi yang amat mulia itu di tempatnya di Malaysia. Dengan pelantikan ini, umat Islam mendapat pemimpin baru mereka iaitu Nabi Isa AS sendiri. Nabi Isa AS turut menggunakan gelaran Imam Mahdi terhadap dirinya, iaitu gelaran yang sama yang pernah digunakan oleh Imam Muhammad bin Abdullah Al-Mahdi.

Lama pemerintahan Nabi Isa AS di dunia ini adalah kira-kira 52 tahun. Beliau berkahwin dan mendapat beberapa orang anak. Semasa pemerintahan beliau inilah keluarnya makhluk yang ramai dan ganas iaitu Yakjuj dan Makjuj, selain runtuhnya Kaabah oleh orang kuat dari Afrika pada penghujung pemerintahan Nabi Isa AS. Semua ini adalah dengan kehendak Allah SWT jua dan telah ditetapkan-Nya begitu. Sebab utamanya ialah, zaman pemerintahan Nabi Isa AS ini adalah benar-benar di penghujung usia dunia dan tanda-tanda besar kiamat sudah, sedang dan akan muncul satu demi satu.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer