warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02236 14. Manusia Kembali Bersatu Hati





02236 14. Manusia Kembali Bersatu Hati


A. Sayidina Ali KMW berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW,

“Adakah al-Mahdi itu datang daripada keluarga kita atau dari orang lain?” Baginda SAW menjawab, “Dia adalah dari kalangan kita. Allah akan menutup agama ini dengannya seperti Dia memulakan agama ini dengan kita. Dia datang menerusi kita kerana orang ramai mendapat perlindungan daripada godaan, seperti mana melalui kita mereka selamat daripada syirik. Melalui kita jugalah Allah akan memautkan hati mereka dalam persaudaraan seperti sebelumnya berlaku permusuhan, dan membawa bersama-sama ukhwah dalam agama mereka, selepas berpecah belah akibat syirik.”

Imam Mahdi diberikan satu lagi keramat yang besar iaitu mampu menyatukan hati umat manusia sehingga jadilah mereka sebagai umat yang satu. Ya, satu dalam erti kata yang sebenar, seperti yang berlaku pada zaman Nabi SAW dahulu. Hal ini tidak Allah berikan kepada sesiapa pun menurut ukuran yang sepenuhnya, kerana pemimpin lain turut diberikan keupayaan untuk ini tetapi tidak dalam ukuran yang sepenuhnya. Hanya Imam Mahdi sahaja yang Allah berikan keupayaan yang amat hebat ini.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer