warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02234 12. Lama Pemerintahan Imam Mahdi Selepas Kematian Dajjal





02234 12. Lama Pemerintahan Imam Mahdi Selepas Kematian Dajjal


A. Dari Abu Said al-Khudri RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda,

“Akan ada di kalangan umatku (ketika itu) seorang al-Mahdi. Jika (umur dan pemerintahannya) dipendekkan (selepas kematian al-Masih Dajjal), lamanya tujuh tahun, jika tidak (dipendekkan tempoh pemerintahannya) maka sembilan tahun. Umatku akan memperolehi (sebanyak-banyak) kenikmatan, yang belum pernah diperolehi oleh mereka sama sekali nikmat yang seperti itu. Mereka diberikan makanan (yang sangat banyak) sedangkan kamu tidak menyimpan sesuatu pun dari mereka (yang sehingga sebanyak itu). Dan harta benda pula pada waktu itu, terlonggok dengan amat banyak. Lalu seorang lelaki berdiri (meminta di hadapan al-Mahdi) dan berkata, “Berilah aku (harta).” Kata Imam Mahdi, “Ambillah (sebanyak yang engkau mahu).” (Ibnu Majah)

B. Abu al-Siddiq an-Naji menceritakan dari Abu Said al-Khudri RA yang berkata,

“Kami khuatir sepeninggal Nabi kami nanti akan terjadi suatu kejadian (yang buruk), lalu kami bertanya kepada Rasulullah SAW. Maka baginda bersabda, “Sesungguhnya di dalam umatku ada al-Mahdi yang keluar serta hidup selama lima, tujuh atau sembilan.” Abu Said berkata, “Kami bertanya, “Apa (maksud angka-angka) itu?” Baginda bersabda, “Tahun.” Baginda bersabda lagi, “Lalu datang seseorang kepadanya dan berkata, “Hai Mahdi, berilah aku, berilah aku.” Baginda bersabda, “Kemudian dia memberikan kepadanya (harta benda dan dimuatkan) dalam pakaiannya sebanyak yang termampu dibawanya.”   (At-Tarmizi)

C. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun dan meninggal dunia di atas tempat tidurnya.”

D. Rasulullah SAW pernah ditanya,

“Berapa lamakah dia memerintah?” Baginda SAW menjawab, “Lima tambah dua.”

E. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW mengisytiharkan,

“Dunia ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan penyelewengan. Ketika itulah seorang lelaki dari kaum keluargaku akan naik memerintah selama tujuh atau sembilan tahun dan akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”    (Imam Ahmad)

F. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Al-Mahdi adalah dari keturunanku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan ketika dunia sedang dipenuhi dengan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”

G. Sabda Nabi SAW,

“… seorang lelaki dari kaum keluargaku akan memerintah selama tujuh atau sembilan …”

Pemerintahan Imam Mahdi selepas kematian Dajjal adalah selama tujuh hingga sembilan tahun dan seperti yang dijelaskan dalam hadis yang terdahulu, tempoh sembilan tahun ini buknlah menurut ukuran kita pada masa ini tetapi adalah tujuh atau sembilan tahun menurut kiraan pada masa itu. Jadi, lama sebenar Imam Mahdi memerintah dunia ini jika dilihat menurut ukuran kita pada masa ini ialah antara seratus empat puluh tahun hingga seratus lapan puluh tahun. Ini disebabkan oleh ukuran masa setahun pada masa itu bersamaan dengan dua puluh tahun menurut ukuran pada masa kita ini. Masa diberkatkan sehingga setahun bersamaan panjangnya dengan dua puluh tahun pada masa ini, iaitu zaman yang masanya tidak diberkatkan oleh Allah SWT. Demikianlah adanya. Allah jualah yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer