warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02233 11. Dunia Sangat Aman Damai





02233 11. Dunia Sangat Aman Damai


A. Kata tabiin RH,

“Panglima perang al-Mahdi adalah orang yang paling terpilih. Penolong dan pembaiat al-Mahdi adalah penduduk Kufah, Yaman dan para Wali Abdal  dari Syam. Yang berada di hadapan al-Mahdi adalah Jibril dan Mikail. Dia sangat dicintai oleh makhluk, kepemimpinannya mampu menyelesaikan masalah bencana yang sedang menjadi-jadi, penduduk bumi berasa aman tenteram sehinggakan lima orang wanita dapat melakukan ibadat haji dengan (penuh aman) tanpa seorang pun muhrim (yang mengawal). Mereka tidak berasa takut (terhadap apa pun sepanjang perjalanan dan semasa mengerjakan haji) melainkan kepada Allah.”

Keadaan yang aman damai ini tidak lain adalah kerana keadilan pemerintahan Imam Mahdi terhadap seluruh dunia sehingga akhirnya seluruh manusia hanya mencari Tuhan sahaja dalam hidup mereka. Tamadun yang bangun hasil daripada takwa rupa-rupanya adalah jauh lebih hebat lagi daripada tamadun yang dibangunkan sebelumnya yang berasaskan kepada teknologi zahir dari Barat. Memang kita akui pada hari ini, tamadun Barat adalah baik tetapi kerana tidak dibangunkan atas dasar takwa, teknologi yang baik itu sentiasa disalahgunakan oleh penggunanya sehingga jadilah teknologi yang baik itu merosakkan kembali manusia dan kemanusiaan.

Akhirnya buat apa sahaja pun, ada sahaja yang tidak kena dan kesan buruknya. Kesan buruknya itu pula tidak terjangkakan oleh si pencipta tamadun itu. Kerana itulah semasa Imam Mahdi memerintah, tamadun dunia akan lebih rancak lagi, tetapi semuanya teratur sebab jiwa manusianya sudah terpimpin ke arah kebaikan, fikiran mereka sudah dibina semula dengan binaan Islam dan kemahiran mereka digilap semula dengan asas takwa. Maka tamadun Islam yang terbangun itu membawa kebaikan kepada manusia dan mengembalikan fitrah manusia kepada asalnya iaitu untuk mendapatkan keredaan Ilahi semata-mata.

Kerana sifat takwa yang amat tinggi itu jugalah manusia hidup dalam keadaan yang sangat aman sehingga beberapa orang wanita dapat mengerjakan haji tanpa berasa takut sepanjang perjalanan pergi, semasa di Makkah dan sepanjang perjalanan pulang.  Itulah yang dikatakan keamanan sejati dan kebahagiaan hakiki.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer