warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02228 6. Pengesahan Pemerintahan Imam Mahdi oleh Nabi Isa AS





02228 6. Pengesahan Pemerintahan Imam Mahdi oleh Nabi Isa AS


A. Sabda Nabi SAW,

“(Nabi) Isa bin Maryam AS akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan al-Mahdi. Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di antara kamu ada (seorang) pemimpin yang (sangat) dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”(Muslim)

B. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda,

“Apakah reaksi kamu semua apabila Isa anak Mariam turun sedangkan Imam kamu adalah dari kalangan kamu?”   (Al-Bukhari & Muslim)

C. Sabda Nabi SAW,

“Apakah keadaan kamu jika anak Marian turun di kalangan kamu dan Imam kamu adalah dari kalangan kamu?”    (Al-Bukhari)

Nabi Isa AS turun semula ke dunia ini bukanlah untuk merampas kuasa atau menunjuk-nunjuk kehebatan tetapi untuk membantu menyelamatkan umat Islam dan melepaskan mereka daripada belenggu kesusahan yang sedang menimpa mereka. Selain itu, Nabi Isa AS turut memperakukan pemerintahan Imam Mahdi apabila beliau sendiri turut membaiat Imam Mahdi sebagai khalifahnya, sedangkan beliau itu adalah seorang rasul. Belum pernah terjadi lagi seorang rasul membaiat seorang biasa, melainkan Talut yang pernah dibaiat oleh Nabi Samuel AS. Maka Imam Mahdi turut mendapat keistimewaan yang amat bermakna ini.

Nabi Isa AS sendiri turut menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah orang yang sangat dimuliakan oleh Allah dan mengesahkan pemerintahan Imam Mahdi itu ke atas seluruh dunia. Selepas itu, Imam Mahdi melantik Nabi Isa AS sebagai salah seorang pembantu kanannya untuk mentadbir seluruh muka bumi ini menurut sunnah Nabi Muhammad SAW yang suci ini.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer