warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02227 5. Nabi Isa AS Turun Pada Waktu Subuh





02227 5. Nabi Isa AS Turun Pada Waktu Subuh


A. Sabda Nabi SAW,

“Mereka (orang-orang Arab) pada ketika itu sedikit. Tokoh-tokoh umat Islam berada di Baitulmaqdis. Imam mereka adalah al-Mahdi, seorang lelaki yang (amat) soleh. Ketika imam mereka sedang melangkah untuk melakukan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun bertepatan dengan takbirnya imam.”(Ibnu Majah)

B. Sabda Nabi SAW,

“Orang-orang mukmin ketika itu berjumlah sedikit sekali. Tokoh-tokoh mereka berada di Baitulmaqdis. Dan imam mereka adalah seorang lelaki yang (amat) soleh. Kemudian Dajjal keluar hingga sampai di Baitulmaqdis, lalu mengepung umat Islam yang berada di sana. Ketika Dajjal mengepung umat Islam itu, tiba-tiba Isa AS turun, yang ketika itu imam (mereka) hampir mengerjakan sembahyang subuh. Ketika imam melihat Isa, maka dia segera mengenalinya. Lantas si imam mundur agar Nabi Isa maju untuk menjadi imam mereka. Nabi Isa AS meletakkan kedua-dua tangannya ke atas kedua-dua belah bahu si imam sambil berkata, “Majulah dan jadilah imam. Sesungguhnya sembahyang ini telah diiqamatkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa sembahyang di belakang si imam. Setelah imam mengakhiri sembahyangnya, Nabi Isa AS berkata, “Bukakanlah pintunya.” Maka pintunya pun dibuka orang. Ketika itu Dajjal langsung ternampak Nabi Isa AS sedangkan dia diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Asbihan, lengkap dengan pedang masing-masing dan berjubah hijau.”     (Ibnu Majah)

Kedua-dua buah hadis pada bahagian ini bersifat menjelaskan perkara yang telah diperjelaskan pada bahagian-bahagian yang sebelumnya dan disertakan dengan beberapa tambahan yang amat berguna untuk diambil ingatan oleh kita. Imam Mahdi adalah pemimpin umat Islam pada masa itu walaupun Dajjal sedang menguasai dunia, dan turunnya Nabi Isa AS adalah untuk menyempurnakan pembunuhan terhadap Dajjal itu.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer