warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02226 4. Masanya Nabi Isa AS Turun ke Dunia





02226 4. Masanya Nabi Isa AS Turun ke Dunia


A. Kata tabiin RH,

Dajjal mengepung para mukminin di dalam Baitulmaqdis. Kemudian mereka (kekurangan makanan sehingga) ditimpa kelaparan yang amat sangat sehingga (terpaksa) memakan tulang-tulang yang telah dibuat tali. Dalam keadaan seperti inilah, tiba-tiba mereka mendengar satu suara pada akhir malam. Serentak mereka berkata, “Sungguh ini adalah suara seorang lelaki yang kenyang!” Kemudian mereka (mencari dan) melihatnya. Tidak disangka-sangka dia adalah Isa bin Maryam. Sebentar kemudian, sembahyang subuh akan didirikan. Tokoh-tokoh Islam mempersilakan al-Mahdi untuk menjadi imam sembahyang tetapi al-Mahdi (pula) mempersilakan Nabi Isa. Kemudian Nabi Isa bertindak sebagai imam. Seterusnya dia menjadi imam sembahyang pada setiap waktu selepas itu.”

B. Sabda Nabi SAW,

“Ketika al-Mahdi dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba Allah menurunkan al-Masih Ibnu Maryam di tepi menara putih di Damsyik sambil kedua-dua tangannya diletakkan di atas sayap dua malaikat. Nabi Isa terus mencari Dajjal sampai ditemuinya di depan Pintu Lud, lalu dibunuhnya.”  (Muslim)

Nabi Isa AS turun semula ke dunia ini pada waktu subuh, iaitu ketika azan telah dilaungkan dan iqamat akan dibacakan. Semasa Nabi Isa AS turun itulah iqamat dibacakan untuk Imam Mahdi mengimamkan sembahyangnya. Apabila Imam Mahdi melihat Nabi Isa AS datang kepada mereka, beliau mempersilakan Nabi Isa AS menjadi imam sembahyang mereka. Yang dimaksudkan Nabi Isa AS menjadi imam sembahyang itu adalah di tempat lain, kerana wilayah pemerintahan Imam Mahdi amatlah luas dan masjid pula amat banyak. Maka Nabi Isa AS seterusnya dilantik oleh Imam Mahdi untuk menjadi imam sembahyang di sebuah masjid yang besar, memimpin umat Islam dalam sembahyang mereka.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer